Kadang-kadang muncul rasa jemu asyik makan nasi semasa bersahur. Jadi apa kata kita gantikan nasi dengan menu lain pula, contohnya seperti mee kuah Kelantan ini.
Bahan-bahan dan cara penyediaannya sangat ringkas tapi boleh membuatkan sesiapapun menjadi berselera walaupun masih di awal pagi.
Jom lihat resipi yang merupakan hasil perkongsian oleh Tuan Adriana Arissa di bawah. Boleh cuba masak nanti ya! Semoga bermanfaat.
Baca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Makaroni Goreng Simple, 2 Kali Anak Menambah!
1. Tumiskan bawang putih dan lada hitam sehingga wangi dan keperangan.
2. Masukkan ayam atau lauk lain yang disukai. Tunggu sehingga air ayam keluar, kemudian baru boleh masukkan air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan kiub ayam atau daging. Pecahkan telur sebiji demi sebiji. Biarkan sehingga separuh masak.
4. Kemudian masukkan sayur-sayuran pilihan anda.
5. Akhir sekali, perasakan dengan garam gula dan kicap sotong secukup rasa.
5. Boleh masukkan terus mi ke dalam kuah atau celur mi dan asingkan kuah.
6. Sedia untuk dihidangkan bersama cili jeruk dan serbuk lada sulah. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Tuan Adriana Arissa
Baca juga: Resipi Sotong Goreng Kunyit Ringkas Tapi Sedap, Ini Petua Elak Jadi Kecut
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…