Categories: Resipi

Resipi Mi Goreng Untuk 60 Orang Makan, Buat Untuk Rumah Terbuka Confirm ‘Laris’

Mungkin ramai yang sedang tercari-cari idea untuk potluck, jamuan atau rumah terbuka sempena Aidilfitri. Pastinya kita akan memilih menu dan resipi yang ringkas, sedap dan disukai ramai seperti resepi mee goreng.

Resipi yang telah dikongsi oleh Nur Ismail ini boleh dijadikan panduan buat anda semua. Kuantiti bahan resipi ini adalah untuk 60 orang, boleh kurangkan kuantitinya jika jumlah jemputan sedikit.

Baca juga: Resipi Mi & Bihun Yang Sesuai Untuk Jamuan Raya, Ringkas Saja!

RESEPI MEE GORENG MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan:

  • 12 bungkus mi kuning (450 gram sepeket)
  • 60 ekor udang sederhana besar
  • 4 bungkus fish cake (potong nipis)
  • 2 kg sawi Cameron (potong kecil)
  • 1 kg kobis (potong kecil)
  • 20 keping tauhu (di goreng dan potong kecil)
  • 400 gram minyak masak
  • 1/2 kg bawang besar (kisar halus)
  • 2 labu bawang putih (kisar halus)
  • 400 gram cili giling
  • 400 gram sos tomato
  • 300 gram sos cili
  • 400 gram kicap manis
  • 6 sudu besar kicap pekat
  • 6 sudu besar gula
  • 4 sudu besar garam
  • 12 sudu besar stok ayam
  • 800 gram air

Bahan hiasan:

  • 12 biji telur goreng (digoreng dadar nipis dan dipotong halus)
  • RM5 daun sup dan daun bawang (dipotong halus)
  • 1 paket sederhana bawang goreng
  • Cili merah secukupnya (dihiris)
Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali.

2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.

3. Masukkan cili giling, kacau hingga pecah minyak.

4. Masukkan 200 gram air.

5. Masukkan batang sawi. Kacau sehingga layu.

6. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis, kicap pekat, gula, garam, stok ayam, air, Kacau rata.

7. Masukkan udang dan fish cake. Kacau rata.

8. Masukkan pula sawi, kobis, mi dan tauhu.

9. Kacau lagi dan kaup balik sehingga rata masaknya. Siap!

10. Semasa menghidang, taburkan hirisan telur dadar goreng, daun sup dan daun bawang, bawang goreng dan potongan cili merah secukupnya. 

Kredit resipi dan gambar: Nur Ismail

Baca juga: 5 Idea Menu ‘Potluck’ Yang Menarik & Mudah Untuk Jamuan Raya

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago