Categories: Resipi

Resepi Mee Goreng Mamak Ala Melayu, Hidang Depan Suami Terus Kena Puji

Teringin makan di kedai mamak, tapi sejak kahwin memang jarang keluar sebab lebih suka masak di rumah. Jika begitu, anda patut cuba resepi Mee Goreng Mamak ala Melayu ini.

Mee Goreng Mamak adalah salah satu hidangan yang sangat popular di Malaysia, terutama di kalangan masyarakat Melayu dan India.

Kali ini, kami nak kongsikan satu resepi menarik daripada Liza Idris di Facebook iaitu Mee Goreng Mamak ala Melayu yang cukup menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Baru Tahu Boleh Buat Mee Goreng Sedap Tanpa Cili Kisar, Guna Bahan ‘Ini’ Saja

RESEPI MEE GORENG MAMAK ALA MELAYU

Bahan-bahan:

  • ½ biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Minyak masak
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kicap
  • 1 batang lobak merah
  • 1 bungkus mee kuning (basuh dulu)
  • 2 biji telur ayam
  • Hirisan ayam goreng
  • Serbuk cukup rasa
  • Fish cake goreng
  • 1 biji tomato
  • Tauge
  • Limau

Bahan hiasan:

  • Cili besar
  • Daun sup
  • Daun bawang

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, hiris nipis 1/2 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih.

2. Kemudian, panaskan minyak masak dan tumis sehingga kekuningan.

3. Letak 2 sudu besar cili kisar dan tumis sampai pecah minyak.

4. Selepas itu, campur 1 sudu besar serbuk kari daging, tak kisahlah cap apa.

5. Masuk pula 2 sudu besar sos cili dan 1 sudu besar sos tiram, kemudian kacau-kacau dan tumis lagi sampai pecah minyak.

6. Setelah itu, letak 2 sudu kicap dan kacau lagi.

7. Masukkan 1 batang lobak merah yang dihiris bulat. Jika kuah pekat dan likat, tambah setengah cawan air, kemudian kacau-kacau lagi.

8. Seterusnya, masukkan 1 bungkus Mee Kuning yang telah dibasuh dan kacau sampai mesra.

9. Ketepikan sedikit mee tu dan pecahkan 2 biji telur ayam, kemudian gaulkan sebati.

10. Masukkan lebihan ayam goreng yang dicincang halus dan perasakan dengan serbuk cukup rasa.

11. Letak fish cake yang sudah digoreng dulu dan kacau lagi.

12. Setelah masak, masuk 1 biji tomato dan taburkan taugeh.

13. Akhir sekali, hias sedikit dengan hirisan cili besar, daun sup dan daun bawang, kemudian perah limau. Siap untuk dihidang!

Buat anda yang nak pikat selera suami, inilah masanya. Buat saja resepi Mee Goreng Mamak ala Melayu ini, pasti masakan anda dipuji nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Liza Idris

Baca juga: Mee Siam Goreng Singapore, Kering-Kering Begini Buat Selera Terangkat!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago