resepi masak lemak

Jika anda sempat singgah ke Negeri Sembilan, pasti pernah makan masak yang cukup popular di sana. Kali ini, kami nak ajak anda cuba resepi Masak Lemak Ayam Cili Padi yang padu.

Resepi Masak Lemak Ayam Cili Padi adalah antara resepi masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi Nusantara dalam penghasilannya dan cukup disukai ramai.

Hidangan ini dimasak dengan santan dan rempah-ratus, menghasilkan kuah yang pekat dan berkrim. Selain itu, bahan-bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit memberikan rasa yang sedap.

Mastura Mukhtar telah kongsikan resepi Masak Lemak Ayam Cili Padi di Facebook yang sangat mudah dibuat dan cukup menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara ‘Defrost’ Ayam Sepantas 5 Minit, Sekejap Je Dah Boleh Guna Untuk Masak!

RESEPI MASAK LEMAK AYAM CILI PADI

resepi masak lemak

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 5 ulas bawang merah
  • 8 tangkai cili merah hidup
  • 15 tangkai cili padi hijau (jika tak tahan pedas, guna 7 tangkai saja)
  • ½ inci kunyit hidup
  • Garam
  • ½ cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair (santan segar atau santan kotak)
  • Kentang
  • Tomato
  • Daun kunyit

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar atau tumbuk bawang merah, cili merah hidup, cili padi hijau dan kunyit hidup.

2. Selepas itu, tumis minyak masak dengan bahan yang ditumbuk.

3. Kemudian, masukkan ayam, kentang dan santan cair.

4. Seterusnya, kacau dengan api perlahan sampai mendidih.

5. Setelah mendidih dan agak-agak ayam dan kentang sudah empuk, masukkan santan pekat dan tunggu sampai mendidih lagi sekali.

6. Akhir sekali, masukkan tomato dan tabur daun kunyit. Jika pekat sangat, tambah air mengikut selera masing-masing. Siap untuk dihidang!

resepi masak lemak

Sebenarnya, lebih sedap jika gunakan santan segar dalam resepi Masak Lemak Ayam Cili Padi ini tapi jika tiada, anda boleh gunakan saja santan kotak kerana tetap lazat dan terangkat.

Selamat mencuba!

Sumber: Mastura Mukhtar

Baca juga: Resepi Ayam Masak Bali Versi Cepat Siap, Gerenti Makan Sampai Bertambah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN