resepi masak lemak ayam

Terdapat banyak resepi masak lemak ayam yang boleh dicuba. Salah satunya adalah versi tumis ini.

Biasanya masak lemak hanya menggunakan cili padi dan kunyit hidup, namun resipi ini sedikit berbeza kerana ada penggunaan bawang putih, bawang merah.

Bukan itu saja, bahan tersebut juga akan ditumis terlebih dahulu. Ayam juga perlu digoreng sebelum dicampur bersama bahan lain.

Jika ada mahukan kelainan, jom cuba resipi masak lemak versi Puan Roha Adrinna ini. Mari lihat perkongsian penuh oleh beliau di bawah.

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Sedap Dari Biasa, Gerenti Hari-Hari Nak Buat!

RESEPI MASAK LEMAK AYAM TUMIS

resepi masak lemak ayam

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara memasak:

  1. Mula-mula, goreng ayam sehingga masak. Jangan goreng terlalu lama kerana mahu dapatkan ayam goreng yang lembap.
  2. Bila dah siap goreng ayam, ketepikan seketika.
  3. Kisar kering cili padi, cili besar merah, bawang putih, bawang merah dan kunyit hidup.
  4. Tumis bahan kisar bersama serai yang sudah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan serbuk perasa dan garam secukupnya.
  6. Selepas itu, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan kacau sebati.
  7. Kemudian, tuangkan air mengikut kepekatan kuah yang disukai.
  8. Billa sudah mereneh, masukkan santan dan asam keping. Kacau sebati.
  9. Masukkan juga kentang dan reneh sehingga kentang lembut.
  10. Akhir sekali, tabuurkan hirisan daun kunyit dan sedia untuk dihidangkan.
  11. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Roha Adrinna

Baca juga: Ayam Rebus Mix Herbs, Resipi Tanpa Minyak Sesuai Untuk Diet!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN