resepi maruku

Apabila tiba perayaan Deepavali, ramai yang mula mencari resepi maruku yang sedap. Muruku adalah antara kudapan ringan yang popular di musim perayaan. Dengan rasa yang rangup, pedas, dan berempah, ia pasti memikat selera ramai.

Jika anda sedang mencari resipi muruku yang sedap, mudah, dan rangup, resipi  yang dikongsikan oleh Puan Hamizah Yatim ini adalah salah satu cara yang boleh dicuba.

Baca juga: Makanan Tradisional Orang India, 7 Senarai Ini POPULAR Semasa Perayaan Deepavali!

RESEPI MARUKU PALING MUDAH DAN RANGUP

resepi maruku

Bahan A:

  • 7 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil jintan manis

Bahan B:

  • 2 kampit (500g) tepung muruku (apa-apa jenama)
  • 2 kampit tepung pulut
  • 1½ sudu kecil planta
  • 1 sudu kecil jemuju
  • 3 sudu makan bijan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 kotak santan
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Kisar bahan A hingga halus.
  2. Gaul bahan B hingga sebati, kecuali air.
  3. Kemudian, masukkan bahan A dan gaul bersama-sama dengan air.
  4. Tambahkan air sedikit-sedikit. Pastikan adunan jangan terlalu lembik atau keras.
  5. Setelah adunan siap, masukkan ke dalam acuan muruku dan tekan untuk membentuk.
  6. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng muruku hingga keemasan dan garing. Angkat dan toskan minyak.
  7. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Hamizah Yatim

Baca juga: Resipi Gulab Jamun, Manisan India Ini Sangat Lembut & Cair Dalam Mulut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN