Makaroni goreng merupakan salah satu menu yang mudah untuk dimasak. Sesuai disajikan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah atau untuk di bawa ke jamuan.
Resipi ini sedikit berbeza kerana tidak menggunakan minyak masak untuk menumis. Jadi, mahu guna apa untuk menggantikan minyak?
Jom baca resipi lengkap perkongsian oleh Puan Aisyah Humaira di bawah. Dijamin makaroni goreng lebih lazat dan cukup rasa dari biasa!
Baca juga: Resipi Mee Goreng Togel Ala Mak Cik Kantin Sekolah, Simple Tapi Sedap Yang Amat!
Bahan-bahan:
Bahan perencah:
Cara memasak:
1. Rebus makaroni dalam air mendidih dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Apabila makaroni hampir lembut, terus angkat, toskan dan lalukam di bawah air mengalir supaya tidak terlebih masak.
2. Panaskan kuali dan cairkan marjerin. Masukkan bawang, lalu tumis hingga layu. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga terbit bau.
3. Masukkan pula tomato dan tumis hingga tomato hancur. Masukkan sos tiram, sos cili, kiub pati ayam, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
4. Masukkan isi ayam, hotdog, fishball dan biarkan ayam masak. Akhir sekali masukkan makaroni yang telah direbus, kacau hingga sebati.
5. Siap dan sedia dihidang. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira
Baca juga: Petua Masak Mi Goreng Agar Tak Serap Kuah & Jadi Kembang, Sehari Pun Masih Likat & Basah!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…