Seorang pengguna Facebook berkongsikan resepi maggi tumis special yang menjadi kegemaran ibu mentuanya. Hidangan ini juga selalu menjadi pilihan setiap kali mentua datang berkunjung ke rumah.
Cara memasaknya bukan sahaja cepat, tetapi juga sangat enak dan pasti akan memikat selera. Jadi, jika anda berminat untuk mencuba, boleh lihat resipi penuh di bawah.
Siapa tahu, jika anda cuba memasak buat yang tercinta, mereka pasti akan memuji tanpa henti. Sampai kembang hidung dibuatnya!
Baca juga: Resipi Mi Segera Tumis Simple, Nak Lagi Sedap Tambah 1 Sudu ‘Bahan Ini’
RESEPI MAGGI TUMIS SPECIAL
Bahan-bahan:
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah
- Beberapa biji cili api
- 1 paket rempah mi segera
- Air secukupnya (agak-agak)
- 1 biji telur
Cara membuat:
- Tumbuk bawang putih, bawang merah, dan cili api sehingga lumat.
- Tumis bahan yang ditumbuk selama seminit sehingga sedikit layu.
- Masukkan rempah mi segera dan tumis sehingga garing.
- Tambahkan air secukupnya, pastikan jumlahnya sesuai untuk menyedapkan mi.
- Pecahkan telur ke dalam kuah dan siram-siram kuah di atas telur. Pastikan telur tidak pecah.
- Masukkan mi dan masak hingga pejal, tetapi jangan biarkan mi terlalu lama kerana risau kembang.
- Siap untuk menjamu selera. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Rain Fizrain
Baca juga: Maggi Goreng Basah Paling Simple Dan Sedap, Campak-campak Siap!