resepi lepat pisang

Masih ingat sewaktu zaman kanak-kanak, nenek atau ibu sering buat resepi Lepat Pisang sebagai sarapan dan minum petang di kampung.

Kuih lepat atau juga dikenali sebagai kuih belebat dihasilkan dengan membungkusnya dalam daun pisang dan dikukus yang terdapat dalam pelbagai jenis bergantung kepada ramuan yang digunakan.

Ramai sering salah anggap kuih lepat dengan kuih nagasari kerana rupa luaran sama, namun isi dan bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya sangat berbeza.

Baca juga: Resepi Kuih Nagasari Paling Mudah, Lembut Dan Kenyal Bila Makan

Salah satu kuih lepat paling disukai ramai ialah Lepat Pisang atau lapek pisang dan tak ramai tahu sebenarnya kuih ini merupakan makanan khas Minangkabau yang dibuat daripada buah pisang.

Kami sudah jumpa resepi Lepat Pisang yang dibuat oleh Shai Anne Ahemed di Facebook dengan rasa yang cukup klasik. Jom cuba di rumah!

RESEPI LEPAT PISANG

resepi lepat pisang

Bahan-bahan:

  • 3 cawan pisang lemak manis (dipenyek)
  • 1 cawan gula (jika tak suka manis, boleh kurangkan mengikut selera masing-masing)
  • 1 sudu teh garam
  • 2¼ cawan tepung gandum
  • 1 kotak santan kara (jenama lain pun boleh)
  • 1 cawan kelapa parut
  • Daun pisang (dilayur dahulu)

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan di atas sehingga rata kecuali daun pisang.

2. Letak bancuhan lepat dalam daun pisang dan bungkus mengikut cara seperti dalam gambar.

3. Akhir sekali, panaskan air di dalam pengukus dan kukus lepat pisang selama 40 minit. Siap untuk dinikmati!

resepi lepat pisang

Sebelum letak bancuhan Lepat Pisang, daun pisang perlu dilayur terlebih dahulu supaya daun menjadi lembut dan mudah dilipat.

Selain pisang lemak manis, anda juga boleh gunakan pisang raja atau pisang emas dalam resepi Lepat Pisang ini untuk menimbulkan rasa lembut dan manis.

Sesetengah orang gaul terus kelapa parut dalam adunan Lepat Pisang, ada juga yang letak kemudian, tapi apa-apa pun klasiknya tetap terasa.

Selamat mencuba!

Sumber: Shai Anne Ahemed

Baca juga: Kuih Puteri Ayu Anti Gagal, Elak Langkah ‘Ini’ Supaya Tak Bantat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN