Kalau korang dah putus idea tak tahu nak masak apa untuk berbuka. Korang boleh cuba resepi legend pesamah daging, antara menu yang wajib ada semasa kenduri. Jom cuba resepi mudah yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
PESAMAH DAGING
Hidangan Sajian dari Arab, Kari Kacang Kuda & Ayam menjadikan hidangan lauk untuk dimakan bersama keluarga.
BAHAN-BAHAN
300gm daging
2 sudu rempah kari
1 inci halia
1 sudu serbuk cili
1 sudu teh kerisik
1 sudu teh asam jawa
1 helai daun pandan
1 sudu besar gula kabung
- 200 ml santan
6 ulas bawang putih
6 biji bawang merah (kecil)
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
Kredit : Kamarul Ariffin Nor Sadan
CARA PENYEDIAAN
Tumis bawang merah yang dihiris. Kemudian tumis kayu manis, bunga lawang dan daun pandan.
Kisar bawang putih, halia, dan bawang merah sampai halus. Tumis bawang yang dah dikisar sampai keperangan-perangan dan berbau wangi.
Masukkan rempah kari dan serbuk cili atau cili boh dan masukkan daging.
Perasakan dengan garam dan gula. Tambah air dan reneh sampai daging empuk.
Masukkan gula Melaka atau gula kabung, kerisik, pes asam jawa, santan kotak dan tambahkan air. Reneh sampai semuanya sebati dan rasanya mesra.
Siap dan boleh dimakan bersama sambal belacan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.