Categories: Resipi

Resepi Kuih Talam Pandan Lembut Gebu, Ini Petua Elak Lapisan Berair Dan Melekat Dalam Loyang

Nak dibandingkan dengan kuih moden, lebih tergoda tengok hasil daripada resepi Kuih Talam Pandan. Aroma pandan dan teksturnya yang lembut berlemak memang jadi tarikan.

Kuih Talam Pandan mempunyai lapisan hijau yang harum digabung dengan lapisan putih lemak manis menjadikan setiap potongan nampak cukup memikat selera.

Jika anda belum pernah buat kuih sendiri di rumah, inilah masanya. Cubalah resepi Kuih Talam Pandan di bawah, pasti puas hati nanti. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Talam Ubi Kanda Cantik & Tak Hancur, Sekali Kukus Rasa Lembut Manis!

RESEPI KUIH TALAM PANDAN

Bahan-bahan bahagian bawah:

  • 1 cawan tepung gandum
  • ¾ cawan gula
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • ½ cawan air pandan
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 sudu kecil tepung ubi
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau

Bahan-bahan bahagian atas:

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1½ cawan santan pekat
  • 1½ cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara-cara buat:

  1. Mula-mula, bancuh semua bahan bahagian atas, tapis dan ketepikan.
  2. Bancuh semua bahan bahagian bawah, tapis dan tuang dalam loyang.
  3. Kukus dalam 15 minit ke 20 minit atau sehingga masak.
  4. Setelah masak, angkat dan sejukkan sebentar.
  5. Apabila sudah sejuk, baru garis-gariskan pakai garfu atas adunan tadi.
  6. Selepas itu, baru tuangkan adunan bahan bahagian atas tadi.
  7. Kukus lagi sehingga masak dalam 20 minit.
  8. Sejukkan betul-betul, baru boleh potong.

Tujuan menyejukkan lapisan bawah selepas dikukus adalah untuk mengelakkan lapisan atas menjadi berair dan tak melekat. Jika kita tuang adunan atas ketika lapisan bawah masih panas dan lembap, lapisan tersebut mudah terpisah.

Selamat mencuba!

Sumber: IDA’s Kitchen

Baca juga: Kuih Talam Gula Merah Versi Mini Cukup Lemak Manis, Sekali Kukus Dapat 50 Biji!

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

2 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

2 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

2 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 days ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 days ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 days ago