Resepi kuih pau ini sangat mudah untuk diikuti. Anda boleh meletakkan inti yang anda suka seperti inti kacang, kaya dan sebagainya.
Empunya resipi, Ummi Anje Irah turut berkongsikan cara untuk elak pau jadi berkedut selepas siap dikukus. Rupanya ada petua yang perlu dilakukan.
Oleh itu, mari kita sama-sama ikuti resipi hasil perkongsiannya itu di bawah. Hasilnya pau anda dijamin sangat lembut dan gebu bila dimakan! Selamat mencuba.
Baca juga: Resipi Pau Inti Kelapa, Simple Tapi Gebu Kemain!
1. Satukan yis, air suam dan gula dalam mangkuk. Biarkan selama 10 minit sehingga berbuih.
2. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, susu pekat, garam dan minyak masak. Gaul sebati.
3. Kemudian masukkan campuran yis ke dalam mangkuk yang berisi campuran tepung tadi. Uli sehingga menjadi doh.
4. Cubit sedikit doh dan bulatkan. Satu adunan ini boleh dapat dalam 13 biji pau.
5. Tutup doh dengan plastik, biarkan sehingga doh naik.
6. Leperkan doh, letakkan inti yang disukai contoh inti kacang. Dan biarkan mengembang sekali lagi.
7. Kemudian kukus pau selama 10 minit menggunakan api sederhana besar (jangan lebih nanti berkedut).
8. Balut penutup kukusan dengan kain bersih supaya air tidak menitik ke atas pau.
9. Selepas 10 minit, angkat sekali dengan periuk kukusan. Kemudian baru buka penutup kukusan untuk elak pau berkedut.
Info: Boleh letak pelembut roti jika ada supaya pau lebih lembut.
Kredit resipi dan gambar: Ummi Anje Irah
Baca juga: Kuih Susah Jumpa, Buat Sendiri Je Sekaya Telur Yang Manis Berlemak
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…