resepi kuih lapis pelangi

Resepi kuih lapis pelangi memang terkenal dengan lapisan warna-warni yang menarik perhatian, macam pelangi!

Bukan itu saja, teksturnya yang lembut, kenyal dan elastik memang buat kita terliur. Rasa lemak manisnya pula cukup memikat hati.

Nak tahu rahsia hasilkan kuih lapis pelangi yang lembut, gedik dan elastik macam ini? Jom cuba resepi mudah di bawah.

Baca juga: Resipi Kuih Tepung Bunga Yang Kenyal-Kenyal Manis, Guna 3 Bahan Saja!

RESEPI KUIH LAPIS PELANGI

resepi kuih lapis pelangi

Bahan-bahan:

  • 1000 ml santan
    (400 ml santan pekat + 600 ml air)
  • 1 cawan gula pasir
    (jika suka manis, boleh tambah 1 1/4 cawan)
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 2 cawan tepung ubi kayu
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh perisa rose
  • Pewarna merah jambu, kuning, hijau, biru dan ungu

Cara-cara membuatnya:

  1. Satukan santan, gula dan garam. Panaskan di atas api hingga gula larut, tetapi jangan sampai mendidih. Tutup api dan biarkan suam.
  2. Di dalam mangkuk, satukan tepung ubi kayu, tepung beras, santan dan perisa rose. Kacau sebati.
  3. Tapiskan adunan. Kemudian, bahagikan kepada 5 bahagian sama rata. Campurkan pewarna dalam setiap adunan.
  4. Didihkan air dalam pengukus. Sapu minyak pada loyang 9″.
  5. Tuang separuh adunan ungu, kukus selama 5 minit. Tuang baki adunan ungu. Kukus selama 5 minit.
  6. Tuang separuh adunan biru, kukus selama 5 minit. Tuang baki adunan biru. Kukus selama 5 minit lagi.
  7. Tuang separuh adunan hijau, kukus selama 5 minit. Tuang baki adunan hijau. Kukus selama 5 minit.
  8. Tuang separuh adunan kuning, kukus selama 5 minit. Tuang baki adunan kuning. Kukus selama 5 minit.
  9. Tuang separuh adunan merah jambu, kukus selama 5 minit. Tuang baki adunan merah jambu. Kukus selama 15 minit.
  10. Akhir sekali, kukus tanpa penutup selama 5 minit supaya permukaan kuih lapis licin.
  11. Sejukkan selama 3-4 jam sebelum dipotong dengan pisau plastik. Sedia untuk dinikmati.

Sumber: Nor Al Fatihah Tihah

Baca juga: Resipi Kuih Sagu Pandan, Kukus Macam Ini Memang Lembut Elok

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN