Kuih gunting ini adalah sejenis makanan tradisi orang Melayu yang rangup, keras dan sedikit pedas. Kuih ini sangat sesuai dinikmati terutamanya buat korang yang suka buat kudap-kudapan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Fauzi Karim di Facebook.
myResipi
Nusantara
Medium
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuih gunting ini adalah sejenis makanan tradisi orang Melayu yang rangup, keras dan sedikit pedas. Kuih ini sangat sesuai dinikmati terutamanya buat korang yang suka buat kudap-kudapan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Fauzi Karim di Facebook.
4 biji bawang besar
2 genggam udang kering
3 sdb jintan kasar
3 sdb jintan putih
1 kg tepung gandum
4 sdb marjerin Pelangi dipanaskan
1 sdb garam halus
2 genggam daun kari
2 genggam daun sup
2 sdb cili kering kisar
Air secukupnya
Kredit: Fauzi Karim
Masukkan marjerin yang dipanaskan ke dalam tepung gandum dan gaulkannya. Masukkan bahan A dan gaul rata.
Masukkan garam, daun sup, daun kari dan cili kisar. Gaul lagi masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
Canaikan doh, kalau suka yang nipis boleh canai nipis-nipis.
Masak atas pan sekejap sahaja, untuk memudahkan kita gunting nanti.
Sedia untuk digunting, ikut suka nak gunting macam mana.
Goreng dalam minyak yang panas bersama dengan daun kari. Goreng sehingga kuning keemasan.
Tapis dan sejukkan, simpan di dalam bekas kedap udara.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Cara masak ikan rebus simple ini mungkin sedikit berbeza daripada kebiasaan kerana hanya menggunakan setengah…
Resepi sambal tumis udang merupakan antara pilihan lauk yang sesuai untuk melengkapkan hidangan tengah hari…
Resepi ayam bakar BBQ antara hidangan yang mudah disediakan di rumah, lebih-lebih lagi kalau menggunakan…
Resepi putu mayam homemade ini sesuai dicuba bagi yang menggemari kuih tradisional berasaskan tepung beras.…
Nugget ayam antara makanan yang digemari kanak-kanak, tetapi tidak semestinya perlu bergantung pada produk sejuk…
OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…