Categories: Resipi

Resipi Kuih Cara Manis Inti Gula Merah, Bila Gigit Terasa Lemak Manisnya!

Peminat kuih tradisional wajib mencuba resepi kuih cara manis ini. Ia adalah salah satu kuih yang sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan.

Apa yang lebih menarik, resipi ini bukan kuih cara manis biasa kerana ia berinti gula merah. Apabila disuap ke mulut, anda akan merasai tekstur kuih yang lembut dengan inti yang manis.

Jika ada yang ingin mencuba, mari lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Buat Kuih Nona Manis Sedap Berlemak, Licin & Cantik Bila Keluar Dari Acuan

RESEPI KUIH CARA MANIS INTI GULA MERAH

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air daun pandan
  • 1 biji telur
  • Pewarna hijau (secukupnya)
  • Secubit garam
  • Gula merah (untuk inti)
  • Minyak (untuk sapu acuan)

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan (tepung gandum, santan, air daun pandan, telur, pewarna hijau dan garam) sehingga sebati.
  2. Tuang adunan ke dalam bekas.
  3. Sediakan gula merah sebagai inti.
  4. Sapukan sedikit minyak pada acuan.
  5. Panaskan acuan dan tuang adunan ke dalamnya. Biarkan seketika sebelum memasukkan gula merah di tengahnya.
  6. Tutup acuan dan tunggu sehingga masak.
  7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi dan gambar: Hadirah Shafee

Baca juga: Petua Agar Kuih Koleh Kacang Tak Cepat Basi, Wajib Buat 1 Langkah Ini

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

19 hours ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

20 hours ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

21 hours ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

22 hours ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

22 hours ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

23 hours ago