resepi kuih bingka pandan

Siapa saja yang pandai buat kuih pasti teringin tahu tentang resepi Kuih Bingka Pandan, kuih tradisional yang popular di kalangan masyarakat Melayu di kampung.

Kuih Bingka Pandan biasanya dihidangkan sewaktu majlis kenduri di kampung dan jika dijemput, anda berpeluang untuk menikmati kuih ini.

Tapi, takkan nak tunggu ada majlis kenduri baru nak makan, sekarang anda boleh cuba buat di rumah dengan resipi Kuih Bingka Pandan daripada Noor Ashikin Saerah di Facebook.

Apa yang menarik tentang resepi Kuih Bingka Pandan ini adalah ia menggunakan daun pandan sepenuhnya tanpa pewarna. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Bingka Labu Lembut & Lemak Manis, Hanya Guna Sukatan Cawan

RESEPI KUIH BINGKA PANDAN

resepi kuih bingka pandan

Bahan-bahan:

  • Loyang 7x7x2 inci
  • 80g (⅓ cawan) marjerin*
  • 180ml (¾ cawan) santan*
  • 180ml (¾ cawan) susu cair*
  • 310ml (1¼ cawan) jus pandan*
  • 3 biji telur*
  • 230g (1½ cawan) tepung gandum*
  • 150g (⅔ cawan) gula pasir* (saya guna 125 g)
  • ½ sdt garam halus*
  • Bijan putih secukupnya
  • Marjerin secukupnya

Cara-cara:

1. Cairkan marjerin.

2. Masukkan bahan-bahan yang bertanda (*) ke dalam mangkuk. Kacau dengan whisk sehingga sebati. Boleh juga gunakan mesin pengisar. Kisar adunan sehingga sebati +-30 saat.

3. Oleskan marjerin disekeliling loyang. Alaskan dengan kertas pembakar.

4. Tapis adunan ke dalam loyang.

5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190°C, api atas dan bawah selama 70 minit atau sehingga kuih masak.

6. Selepas 10 minit pertama, taburkan bijan ke atas bingka. Teruskan membakar sehingga masak. Pada 10 minit terakhir, ubah ketetapan ketuhar dengan menggunakan api atas sahaja bagi mendapatkan permukaan yang garing.

7. Setelah bingka masak dan masih panas, oleskan dengan sedikit marjerin pada permukaannya.

8. Biarkan bingka seketika di dalam ketuhar yang direnggangkan pintunya sedikit. Tujuannya supaya permukaan bingka tidak terlalu ‘jatuh’.

9. Sejukkan bingka (2-4 jam) sebelum dipotong dan dihidangkan.

resepi kuih bingka pandan

*Dalam resepi Kuih Bingka Pandan ini, saya menyukat bahan-bahan dengan menggunakan sukatan metrik.
*Saya menggunakan 100g (15 helai) daun pandan.
*Boleh gantikan penggunaan susu cair dengan santan.
*Jika suka, boleh juga tambahkan sedikit kulit kayu manis semasa mengisar daun pandan.

Bau aroma wangi pandan dari resepi Kuih Bingka Pandan ini pasti memikat. Anda boleh jadikannya sebagai sarapan atau minum petang.

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Baca juga: Bingka Ubi Kayu Lembut & Berlemak, Hanya Menggunakan Air Fryer Sahaja!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN