resepi kuih beko

Anda yang berasal dari pantai Timur Semenanjung Malaysia semestinya sudah biasa dengan Kuih Beko. Ramai juga yang teringin tahu resepi Kuih Beko yang sedap.

Anda yang tak pernah tahu tentang Kuih Beko pasti tertanya-tanya, apakah kuih ini sebenarnya? Ia merupakan makanan tradisional orang Kelantan.

Kuih Beko sangat mudah dijumpai di Kelantan dan Terengganu. Tempat lain juga ada tapi sangat jarang ditemukan.

Sebenarnya Kuih Beko adalah kuih lama sejak zaman datuk dan nenek kita lagi. Disebabkan ia hanya dijumpai di kawasan pantai Timur, maka tak ramai yang tahu tentangnya.

Jika ingin tahu bagaimana rasanya kuih tradisional yang menarik dan jarang didengar ini, boleh cuba resepi Kuih Beko yang dikongsikan oleh Noor Ali di Facebook.

Baca juga: Jom Buat Kuih Beko Kelapa Resepi Asli Dari Kelantan, Garing Di Luar Lembut Di Dalam!

RESEPI KUIH BEKO

resepi kuih beko

Bahan-bahan:

  • 8 cawan kelapa parut putih
  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 cawan gula
  • 4 biji telur
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 cawan air

Cara-cara:

1. Gaul sebati semua bahan.

2. Sapukan acuan dengan minyak masak.

3. Masukkan bancuhan ke dalam acuan.

resepi kuih beko

4. Panaskan oven dan bakar pada suhu 180ºC selama 20 minit.

5. Tambahkan masa selama 15 minit pada suhu 190ºC hingga 195ºC untuk dapatkan hasil sedikit gelap pada permukaan kuih. Siap!

Resepi Kuih Beko ini bukan setakat tak guna bahan yang banyak, malah cara membuatnya juga tak susah mana pun.

Jika ditanya tentang rasanya, Kuih Beko ini tak muak dan cukup manis. Jadi, tak hairanlah kuih ini menjadi kesukaan ramai sejak dulu lagi.

Rupa Kuih Beko yang rangup di luar serta lembut dan berlemak di dalam menjadikannya sangat enak dimakan ketika masih panas.

Jika menggunakan mangkuk jari bersaiz 9cm untuk membuatnya, anda akan dapat hasil sebanyak 12 biji Kuih Beko.

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Ali

Baca juga: Kuih Dangai Kukus, Guna 4 Bahan Ringkas Tapi Hasil Lembut Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN