Tiada idea nak makan apa untuk makan malam? Jom kita cuba resepi kuey teow ladna ini.
Kuah kuetiau ladna ini juga sesuai untuk kuetiau Hong Kong. Jadi, tak perlu susah-susah masak dua kali.
Ikut saja resipi perkongsian oleh Ifah Mohd Zaki di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Sedapnya Kuetiau Kungfu, Makan Panas-Panas Dengan Cili Kicap Lagi ‘Menyengat’!
1. Untuk kuetiau ladna, gaulkan kuetiau dengan kicap manis. Kemudian goreng dengan sedikit minyak.
2. Hasilnya selepas diangkat.
3. Untuk kuetiau hong kong pula, gaulkan kuetiau dengan sebijik telur.
4. Kemudian goreng sehingga garing.
5. Untuk kuahnya pula, tumiskan bawang putih. Kemudian masukkan sos tiram, kacau rata dan seterusnya masukkan air.
6. Bila dah mendidih, baru masukkan sayur dan sotong.
7. Masukkan pula telur, biarkan sekejap sebelum dikacau supaya tidak terlalu hancur.
8. Bila telur sudah hampur masak, masukkan air tepung jagung. Kacau sehingga pekat.
9. Akhir sekali perasakan dengan garam.
10. Tuangkan kuah ke atas kuetiau tadi. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Ifah Mohd Zaki
Baca juga: Resipi Kuetiau Sup Chinese Style Paling Mudah, Anak-Anak Pasti Suka
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…