PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-25 03:32:45

Kuetiau Kung Fu selalunya kalau masak dengan betul memang sangat menyelerakan, lagi-lagi kalau rangup dan berkuah. Boleh dikatakan, kombinasinya sangat enak. Bezanya Kuetiau Kung Fu ialah kita kena goreng kuetiau yang digaul dengan telur sampailah dah garing kemudian dihidangkan dengan kuah yang lazat. Jadi mari kita cuba resepi Kuetiau Kungfu Ringkas yang dikongsikan oleh Bahiah Saripuddin di kumpulan Cham Ais di Facebook.

 

Kredit: Bahiah Saripuddin

 

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk Kuetiau
  • 1 biji telur gred B
  • 1 ketul ayam potong dadu
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1/4 bawang holland potong memanjang
  • 1 pohon lobak
  • 1/4 batang lobak potong memanjang
  • 1 biji babycorn potong memanjang
  • 2 sudu makan tepung jagung bancuh dengan air
  • 1 cawan air putih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menggoreng 

 

Kredit: Bahiah Saripuddin 

 

Cara-cara:

  1. Pecahkan telur ke dalam kuetiau dan masukkan secubit garam. Panaskan kuali dan goreng kuetiau sehingga garing (bergantung nak tahap mana).
  2. Tumis bawang putih. Masukkan ayam dan tambahkan air putih. Masukkan serbuk perasa garam dan gula secukup rasa.
  3. Kemudian, boleh masukkan sayur kita tadi. Kacau sebati tambahkan bancuhan tepung jagung. Kacau bagi sebati dan bila likat tutup api.
  4. Cuahkan ke atas kuetiau tadi. Makan bersama cili potong kicap ataupun sambal kicap.

 

Kredit: Bahiah Saripuddin

 

Kredit: Bahiah Saripuddin

 

Kredit: Bahiah Saripuddin

 

Selamat Mencuba

Kredit: Bahiah Saripuddin

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN