kuah yong tau fu

Setiap kali pergi pasar malam, memang tak sah kalau tak cari yong tau foo! Ia merupakan antara makanan kegemaran ramai. Sebenarnya, cara buat kuah yong tau fu homemade tak susah mana pun.

Kadang-kadang, bila beli rasa tak puas. Nak makan banyak, tapi harga untuk sepinggan pun boleh tahan mahal. Jadi, bila buat sendiri, kita boleh makan sepuas hati tanpa risau tentang kos!

Kalau masak sendiri,  anak-anak pun pasti teruja! Jom kita cuba buat sendiri dengan resipi di bawah. Pasti berbaloi!

Baca juga: Buat Sendiri Apam Balik Nipis Ala Pasar Malam, Ikut Sukatan Ini Nak Lagi Rangup

RESEPI KUAH YONG TAU FU

kuah yong tau fu

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 sudu besar madu
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos seafood
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan air dibancuh dengan 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 kiub pati ayam

Cara-cara penyediaannya:

  1. Sediakan periuk, masukkan semua bahan di atas.
  2. Kacay sebati dan masak sehingga kuah memekat.
  3. Akhir sekali, taburkan bijan.
  4. Dalam periuk lain, panaskan air dan masukkan 1/2 kiub pati ayam serta sebiji bawang putih yang diketuk.
  5. Celur semua bahan-bahan yong tau fu dan toskan.
  6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Norhanim Ya’acob

Baca juga: Roti Tak Habis Jangan Buang, Boleh Buat Roti Kering Bergula Yang Rangup!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN