Siapa yang setiap kali makan buah wajib cicah kuah rojak? Rupanya mudah saja resepi kuah rojak buah kalau ada yang nak cuba buat di rumah.
Kalau buat sendiri lebih puas hati, boleh ubai suai rasa kuah rojak tersebut mengikut cita rasa masing-masing.
Yang paling penting, boleh letak kacang tanah dalam kuantiti yang banyak. Memang puas! Jom cuba resipi di bawah,
Baca juga: Tips Buah Yang Sudah Dipotong Kekal Segar & Tak Hitam, Memang Berkesan!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Persiapkan bahan. Sangai/bakar udang kering, cincang dan goreng bawang putih,sangai kacang tanah dan bahagi dua. 1 kisar halus 1 kisar separa kasar, sediakan air asam jawa. Air ambil dari total 1 liter tadi.
2. Mula-mula didihkan 1 liter air,dah mendidih masukkan gula putih dan sekeping besar nisse. Dah larut semua, kecilkan api.
3. Dalam pengisar masukkan serbuk asam boi putih, 1 bahagian kacang kisar halus, serbuk lada kering halus, bawang putih goreng, garam, air asam jawa bersama isi (biji buang), petis udang dan ambil air gula tu sikit masukkan.
4. Kisar halus semua bahan sebelum masukkan semula dalam periuk. Buka api sederhana kecil dan kacau sebati. Tambah masuk kicap pekat dan masak lama sikit sekitar 20 minit lepas masuk kicap pada api sederhana kecil dan kacau sesekali. Bagi semua bersatu rasa.
5. Tutup api dan biarkan sejuk seketika barulah masukkan 1 bahagian kacang kisaran separa kasar itu untuk bagi rangup.
6. Colek ni akan pekat dengan bahan dan tak guna sebarang tepung.
7. Cara simpan: Letak dalam bekas kecil-kecil dan simpan dalam peti. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Ben Safwan
Baca juga: Tips Pilih Buah Anggur Yang Manis Dan Berkualiti, Fresh Macam Baru Petik!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…