resepi kuah lodeh simple

Pada pagi di Hari Raya, ramai yang mula bertungkus lumus di dapur untuk menyiapkan juadah raya. Sudahkah anda tahu resepi Kuah Lodeh simple tapi sedap?

Kuah Lodeh adalah kuah yang biasa dimakan bersama nasi impit atau ketupat. Sesiapa yang berasal dari Johor pasti sudah cukup biasa dengan hidangan ini.

Hidangan ini cukup mudah disediakan kerana ramuan utamanya hanyalah santan dan sayur-sayuran seperti kacang panjang, kobis, lobak merah, terung dan sebagainya.

Semestinya anda nakkan menu hidangan raya yang cukup mudah dibuat. Oleh itu, kami kongsikan resepi Kuah Lodeh simple daripada Nur Shafika di Facebook ini.

Baca juga: Resepi Menarik Hari Raya, Jom Cuba Nasi Goreng Kuah Lodeh Yang Lazat

RESEPI KUAH LODEH SIMPLE

resepi kuah lodeh simple

Bahan-bahan:

  • Kobis
  • Lobak merah
  • Kacang panjang
  • Terung
  • Fucuk
  • Soo hoon
  • Tempe
  • Cili merah
  • Serai
  • Udang hidup
  • Santan pekat
  • Garam secukup rasa*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • Cili padi* (kalau nak pedas)
  • 2 sudu besar udang kering* (rendam dan tos)

Cara-cara:

1. Kisar bahan bertanda (*)

2. Tumis bahan kisar dan serai sekejap, kemudian masukkan air sehingga mendidih.

3. Masukkan sayur yang keras, diikuti pula sayur yang lembut.

4. Masukkan santan pekat, tempe, udang, cili merah dan garam, kemudian sesuaikan rasa dan kepekatannya. Siap untuk dihidang!

resepi kuah lodeh simple

Gabungan Kuah Lodeh bersama nasi impit atau ketupat, ditambah pula dengan telur rebus dan kuah kacang atau sambal tumis pasti meningkatkan selera anda sekeluarga.

Sesetengah orang lebih sukakan tauhu berbanding tempe. Anda boleh saja menukarnya asalkan kena dengan citarasa.

Bak kata orang, tak lengkaplah juadah raya tanpa Kuah Lodeh yang sedap bukan? Dengan resepi ini, dapatlah anda bersiap dengan sempurna pada Hari Raya.

Jangan lupa untuk gunakan resepi Kuah Lodeh simple ini sebagai menu utama untuk santapan keluarga di pagi di Hari Raya nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Shafika

Baca juga: Apa Beza Lodeh & Lontong? Ramai Ingat Sama, Wanita Ini Jelaskan Bezanya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN