Categories: ResipiTips & Petua

Peniaga Ini Dedah Tip Masak Kuah Laksa Utara Yang Sedap, Memang Betul-Betul Umphhh!

Resepi laksa utara merupakan salah satu hidangan terkenal yang berasal dari Utara dan kini telah disukai oleh orang ramai dari negeri lain. Oleh sebab itu, laksa mudah dijumpai di luar negeri Utara kerana sudah ramai yang menjualnya.

Namun begitu, tidak mudah untuk mencari laksa yang betul-betul sedap sama seperti yang dimasak oleh orang Utara. Laksa yang sedap bergantung pada kuahnya. Kalau kuah tak sedap, maka keseluruhan hidangan akan gagal!

Kalau nak lagi puas hati, apa kata kita cuba belajar masak sendiri di rumah menggunakan resipi oleh Puan Pnut Syafinaz di bawah. Menurutnya, resipi ini didapati dari peniaga laksa yang hebat dan terkenal yang bernama ‘Tok Lela’. Mari lihat perkongsian penuh di bawah.

Baca juga: Cara Masak Laksa Johor Asli, Guna Ikan Jenis Ini Supaya Kuah Lebih Pekat & Padu

RESEPI LAKSA UTARA, TIPS MASAK KUAH YANG PADU

1. Ikan

Untuk dapatkan kuah laksa yang sedap kena campur ikan dua jenis ikan. Biasanya ikan pelaling dan ikan sardin atau ikan selayang. Kuantitinya, kalau guna satu kilogram ikan pelaling, campur dengan setengah kilogran ikan sardin. Kalau nak buat sikit, 10-12 ekor ikan pelaling, tambah dengan 5 ekor ikan sardin.

Kalau ikut petua Tok Lela, ikan direbus sekejap asal mendidih kemudian tutup api. Alasan tak boleh rebus lama supaya manis ikan tak hilang.

Sejukkan dan asingkan tulang dengan isi. Isi ikan tadi ditumbuk kasar, sementara tulang ikan dengan kepala pula kisar bersama air rebusan tulang ikan tadi. Dah kisar, tapis kemudian kisar lagi, dan tapis sekali lagi.

2. Bawang (Resepi Laksa Utara)

Laksa utara kena guna bawang besar India warna ungu. Bukan bawang Holand yang warna kuning tu. Siapa buat laksa guna bawang holand, derhaka besar. Bawang kena guna banyak, kalau segenggam cili, bawang besar 5-6 biji (yang saiz besar).

3. Belacan

Biasanya orang Kedah pakai belacan Tanjung Dawai. Tak pernah pakai belacan lain. Sila cari atau kirim bila kawan balik Kedah.

4. Kuah laksa

Tok Lela rebus kuah laksa 2-3 jam sebelum keluar berniaga. Ini tip paling power. Alasannya kuah dah ‘mesra’. Cukup rasanya dengan aroma kantan, kesum, asam garamnya. Air biar lebih sikit, kemudian didihkan sampai pekat.

5. Asam keping (asam gelugoq)

Cari asam keping dari buah asam gelugor tua. Kalau buah muda dikeringkan masamnya kurang, kalau guna yang tua elok sedap masamnya. Ni biasa dibeli kat makcik-makcik jual sayur kampung kat pasar tani di Kedah.

Jangan letak terlalu banyak, kuah laksa ni elok dirasa selepas setengah jam atau sejam lepas didihkan. Masa ini boleh agak masamnya dah cukup atau kurang, kalau baru 10-20 minit renih kuah laksa dah rasa, asamnya tak sempat kembang.

Lepas dah rasa elok masam, boleh kaut asam keping dan buang sikit takut lagi lama, lagi masam.

Senang saja kan petuanya? Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Pnut Syafinaz, Vanilla Kismis

Baca juga: Resipi Laksa Kuah Lemak Putih Kelantan, Jom Cuba Masak Kalau ‘Mengidam’

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago