PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-12-15 04:17:36
Kimbap adalah makanan Korea yang diperbuat daripada nasi putih dan ditambah dengan bermacam bahan dan digulung dalam lapisan seaweed kering (kim/gim). Kira macam nasi gulung la ni. Korea ada kimbap, Jepun pula ada sushi. Bezanya, nasi kimbap ditambah dengan minyak bijan, sushi pula ditambah vinegar. Inti pun berbeza.
Tetapi, disebabkan semenjak kenaikan kes Covid-19, mungkin banyak restoran yang menghadkan menu dan waktu operasi dan menyebabkan ada antara anda yang tak dapat menikmati juadah kegemaran ini. Jangan risau, sebenarnya mudah sahaja nak buat kimbap. Bahan-bahannya juga mudah didapati. Jadi mari kita cuba resepi Kimbap Korea Homemade yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli di kumpulan Resepi Masakan Semudah ABC di Facebook.
Kredit: Zurina Zulkefli
Bahan-bahan:
- 2 cawan beras sushi
- 1 sudu teh minyak bijan
- Secubit garam halus
- Kepingan rumpai laut
- Tikar penggulung
Kredit: Zurina Zulkefli
Bahan inti:
- 1 ikat bayam hijau
- 1 batang timun
- 1 batang lobak merah
- 3 biji telur
- Hirisan daging secukupnya
- Sos tiram secukupnya
- Serbuk lada hitam secukupnya
Kredit: Zurina Zulkefli
Cara masak nasi:
- Basuh beras dan tanak seperti biasa. Air guna sukatan jari (boleh ikut sukatan pada paket beras).
- Setelah nasi masak, letak dalam mangkuk kemudian tambahkan 1 sudu teh minyak bijan dan secubit garam halus, gaul rata.
- Kalau nak guna beras biasa pun boleh tapi pastikan ditanak lembut dan tidak lembik.
Kredit: Zurina Zulkefli
Cara masak inti:
1. Petik bahagian bayam hijau yang lembut. Celur 2 minit, angkat dan toskan.
2. Untuk timun, potong memanjang dan buang bahagian empulur yg berjus.
3. Buang kulit lobak merah dan hiris memanjang kemudian sangai dalam kuali supaya sedikit lembut. Boleh tambah secubit garam.
4. Dalam bekas berlainan, pecahkan telur dan tambahkan secubit garam. Masak seperti menyediakan telur dadar. Bila dah masak, hiris memanjang.
5. Untuk daging pula, perap bersama sos tiram serta serbuk lada hitam dengan secukupnya. Kemudian masak dalam kuali hingga jus daging kering. Boleh juga guna isi ayam, filamen ketam atau sosej.
Kredit: Zurina Zulkefli
Cara gulung kimbap:
1. Tebar tikar penggulung.
2. Alas sekeping rumpai laut.
3. Ratakan nasi ke atas rumpai laut (pastikan ada ruang).
4. Letak inti satu per satu. Lagi banyak inti lagi sedap.
5. Gulung dan tekap kimbap sepenuhnya agar gulungan kimbap menjadi kemas.
6. Sapu minyak bijan ke atas kimbap kemudian potong satu per satu. (boleh lakukan dengan titis minyak bijan pada tangan kemudian gosok pada gulungan kimbap hingga rata).
7. Untuk menikmatinya, boleh picit mayonis jenama kewpie diatas kimbap.
8. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit: Zurina Zulkefli
Selamat Mencuba
Kredit: Zurina Zulkefli