Setiap kali tiba bulan Syawal, ketupat palas merupakan antara menu yang wajib ada pada pagi raya. Selalunya orang akan buat ketupat pulut yang kosong, tetapi kali ini MyResipi nak kongsikan resepi ketupat palas versi kacang.
Ketupat kosong lebih sedap dimakan bersama rendang mahupun serunding pedas, jika dimakan begitu sahaja akan terasa ‘kosong’. Jika cuba ketupat kacang ini pula, ia boleh diratah begitu sahaja kerana ada kacang merah yang menjadi penambah rasa.
Kalau nak tahu macam mana cara membuat ketupat kacang, mari kita ikuti perkongsian resipi oleh Mohd Azril menerusi grup Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) seperti di bawah ini. Selamat mencuba.
Baca juga: Cara Balut Ketupat Palas, Yang Tak Tahu Kena Belajar Buat!
Bahan-bahan:
– Kacang merah
– 1 kg beras pulut
– 4 cawan santan pekat
– 1 sudu besar gula
– 2 sudu kecil garam
– 3 helai daun pandan
– 3 sudu besar minyak (jika guna santan kotak)
– Daun palas secukupnya
Cara-cara:
1. Rendam kacang merah selama 1 jam atau lebih. Kemudian, rebus dengan 1/2 sudu kecil garam sehingga lembut dan toskan.
2. Seterusnya, rendam pula beras pulut selama 20 minit. Seleoas itu, cuci bersih dan toskan.
3. Masukkan santan pekat, gula, garam dan minyak masak dalam periuk. Panaskan sambil dikacau selalu. Masukkan jugak daun pandan yang disimpul rapi.
4. Kemudian, masukkan beras pulut dan kacau sampai santan kering.
5. Masukkan kacang merah dan kacau lagi. Adunan ini memang mentah.
6. Tutup api. Sejukkan sekejap dan boleh dibalut dengan daun palas.
7. Selepas siap membalut, rebuskan ketupat seketika dan angkat. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Mohd Azril via Masak Apa Hari Ni
Baca juga: Resipi Lemang Kukus Guna Cawan, Tak Perlu Susah-Susah Guna Buluh!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…