Categories: Tips & Petua

Tip Pilih Kupang Segar & Cara Siang Yang Betul, Penting Buang ‘Bahagian’ Ini Untuk Elak Sakit Perut

Jom MyResipi kongsikan cara bersihkan kupang dengan betul dan tip memilih kupang yang segar agar tidak sakit perut selepas makan.

Pelbagai menu boleh dimasak menggunakan kupang seperti kupang masak lemak cili api, sambal kupang, rendang kupang dan sebagainya lagi.

Namun jika kupang tak fresh, masak apa pun akan tak jadi sedap. Jika kupang yang segar, direbus begitu sahaja dan cicah sos pun dah cukup sedap.

Oleh itu, jom kita ketahui apakah tips pilih kupang segar dan cara menyiangnya dengan betul. Barulah lebih sedap untuk dijadikan aneka menu.

Berikut merupakan perkongsian oleh Encik Muhammad Azmi menerusi laman sesawang Facebook:

“Kupang hijau atau green mussel adalah sejenis haiwan bercengkerang yang sangat sedap bila dimakan. Terdapat banyak jenis kupang ini di seluruh dunia. Dan ia boleh hidup di sesetengah kawasan perairan laut.

Di Malaysia, kupang sangat popular di selatan tanah air. Jenis kupang banyak di sini adalah kupang hijau. Kupang hijau terbahagi kepada 2 jenis tempat pembiakannya iaitu pusat ternakan (kelong); dan hidup secara liar (batu-batu atau tiang-tiang).

Kupang sangat unik. Sebab itu kita kena siang kupang secara betul sehingga benar-benar bersih, tidak seperti kerang yang boleh terus dimasak dan dimakan.”

Baca juga: Tips Pilih Kerang Segar & Tak Berbau, Baru Tak Potong ‘Mood’ Bila Makan

Tip Pilih & Cara Bersihkan Kupang Dengan Betul

1. Pastikan kupang itu benar-benar segar dan hidup. Kupang yang hidup kita boleh tahu bila kita lihat ia terbuka dan kita ketuk sikit, ia akan tertutup rapat.

2. Kalau nak tahu kupang itu segar, kita boleh lihat dari pandangan mata. Kalau melalui deria hidung, kita boleh bau air laut itu. Kalau ada bau busuk yang kuat dan kupang ternganga, lebih baik buang sahaja kupang tersebut.

3. Kupang segar yang masih ada rambut (lihat gambar di bawah). Basuh kulit kupang sehingga bersih dari segala benda asing. Tarik dan buang gumpalan rambut dari kupang. Jika gumpalan dan rambut ini tidak dibuang, boleh menyebabkan kita sakit perut setelah memakannya.

Jika gumpalan dan rambut ini tidak dibuang, boleh menyebabkan kita sakit perut setelah memakannya.

4. Kalau nak lebih mudah, sampai saja di rumah, terus masukkan kupang ke dalam freezer selama 15 hingga 20 minit. Biarkan kupang mati dalam freezer. Kemudian basuh kupang tersebut. Rambut akan mudah tanggal bila ditarik sebab kupang itu telah mati.

5. Setelah dicuci sehingga bersih, bolehlah masak kupang mengikut menu yang diinginkan.

Kredit: Muhammad Azmi Mahmud, Mingguan Wanita

Baca juga: Petua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut

Wan N

Recent Posts

Resipi Spicy Sesame Noodles, Bahan Tak Banyak Tapi Sosnya Memang Padu & Bikin Ketagih!

Resipi Spicy Sesame Noodles ataupun mi pedas bijan adalah menu mi yang mudah disediakan dengan sos…

2 hours ago

Pentas Little Star 2026: 20 Bintang Cilik Bersaing, Siapa Bakal Jadi Juara? Jom Undi!

Pentas Little Star 2026 kini memasuki fasa kedua dengan 20 bintang cilik terbaik dari seluruh…

2 hours ago

“Terbaik!”- Wanita Ini Dipuji Ramai, Bukan Sekadar Masak Bekal Untuk Suami Tapi 3 Rakan Sekerjanya Sekali

Menu bekal suami yang dikongsi seorang wanita di Facebook ini menarik perhatian ramai. Bukan untuk…

3 hours ago

Cara Membuat Koktel Peach Longan, Dessert Mudah 5 Minit Siap Bila Tetamu Datang Rumah

Kalau tetamu datang secara mengejut, cara membuat koktel peach longan ini boleh jadi pilihan dessert…

3 hours ago

Cara Buat Kuah Kari Ayam Pekat Dan Berlemak, Rupanya Buah Keras Jadi Rahsia Utamanya!

Kalau suka kuah kari ayam yang pekat, berlemak dan penuh rasa, resipi yang dikongsikan Nurul…

4 hours ago

Resipi Bakso Versi Mudah, Teknik Tumis 2 Kali Ini Buat Kuahnya Lebih Sedap & Beraroma

Cara masak bakso sebenarnya tidaklah susah, lebih-lebih lagi kalau menggunakan bebola daging atau bakso yang…

4 hours ago