resepi keria ball

Peminat kuih tradisional pasti pernah makan kuih Keria yang terkenal dengan kesedapannya. Selepas ini, anda boleh cuba resepi Keria Ball pula di rumah.

Resepi Keria Ball lebih kurang sama seperti kuih Keria yang merupakan sejenis kuih tradisional Melayu, cuma bentuknya saja seperti bebola yang mudah dimakan.

Anda boleh ikut resepi Keria Ball yang dikongsikan oleh Nur Masri di Facebook. Bukan saja tak guna banyak bahan, malah caranya juga cukup mudah. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Kuih Keria Keledek Ungu, Tak Sangka Lebih Sedap Dan Lembut!

RESEPI KERIA BALL

resepi keria ball

Bahan-bahan keria:

Bahan-bahan salutan gula:

  • 1 cawan gula
  • 1/3 cawan air (agak-agak saja supaya tak hangus)

Cara-cara penyediaan keria:

1. Kupas kulit ubi keledek oren, kemudian rebus dengan air dan sedikit garam sehingga ubi menjadi lembut.

2. Selepas itu, toskan airnya dan lenyek-lenyekkan ubi.

3. Uli ubi yang telah dilenyekkan dengan tepung gandum sehingga sebati.

resepi keria ball

4. Sapu sedikit minyak masak pada tapak tangan, kemudian bentukkan bulat secara kecil-kecil supaya mudah nak makan nanti.

5. Goreng dalam minyak masak yang sederhana panas sehingga kekuningan dan masak secukupnya, kemudian angkat, tos dan ketepikan terlebih dahulu.

resepi keria ball

6. Guna kuali lain, masukkan gula dan air untuk buat air gula, kemudian masak sehingga pekat dan bertali.

7. Masukkan keria yang telah digoreng tadi, kemudian gaul sebati sehingga gula beku. Siap untuk dihidang!

Resepi Keria Ball ini sesuai digunakan sebagai idea sarapan atau minum petang buat seisi keluarga di rumah.

Teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam bakal memikat selera sesiapa saja yang memakannya.

Bukan saja orang dewasa, malah kanak-kanak pun cukup suka. Tambahan pula, bentuknya yang seperti bebola memang cukup menarik perhatian.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Baru Tahu Ada Kuih Keria Versi Ubi Kayu, Sedap Rupanya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN