Kerabu suhun merupakan salah satu masakan Thai yang terkenal di Malaysia dan digemari ramai kerana rasanya yang pedas, masam dan manis.
Resipi perkongsian oleh Aima Syahirah ini juga cukup mudah kerana hanya dua langkah yang perlu dilakukan.
Langkah pertama adalah perlu mencelur suhun, sotong, udang dan bebola ikan. Kemudian gaulkan dengan bahan-bahan lain dan sedia untuk dihidangkan. Mudah kan?
Kalau dah pandai buat, tak perlu beli dah sebab boleh masak sendiri saja di rumah. Anda juga boleh ubah suai rasa mengikut cita rasa masing-masing, barulah puas makan!
Baca juga: Resipi Kerabu Timun Bersantan, Makan Sejuk-Sejuk Sangat Nikmat & Menyegarkan!
RESEPI KERABU SUHUN
Bahan-bahan celur:
- Suhun (anggaran segenggam)
- Sotong putih 3 ekor
- Udang 4 ekor
- Bebola ikan 3 biji
Baha-bahan lain:
- Udang kering 1 sudu kecil (ditumbuk)
- Cili api merah 1-2 tangkai (diketuk)
- Bawang merah kecil 1 biji (hiris)
- Tomato 1 biji (potong dadu)
- Air limau nipis 2 biji
- Air limau kasturi 2-3 biji
- Air rebusan 4-5 sudu
- Sos ikan 3 sudu
- Daun ketumbar (hiris halus)
- Gula 1 sudu
- Garam secubit
Cara penyediaan:
1. Celur udang, sotong dan bebola ikan. Kemudian asingkan dan celur pula suhun menggunakan air yang sama. Bila dah siap asingkan, jangan buang air rebusan.
2. Apabila sudah siap celur, gaul dengan semua bahan-bahan lain.
3. Ubai suai bahan mengikut cita rasa masing-masing. Kalau tak suka pedas, kurangkan cili api. Kalau suka manis, boleh tambahkan lagi gula. Kalau suka masa, boleh tambah serbuk limau atau jus limau botol.
4. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Aima Syahirah
Baca juga: Resipi Kerabu Ikan Bilis, Ikut Petua Ini Supaya Rangup & Tak Liat