kerabu mangga

Kalau sebut kerabu mangga, pasti ramai yang terbayang gabungan rasa masam, pedas dan sedikit manis yang menyegarkan. Menu yang ringkas ini bukan saja membuka selera, tapi juga jadi kegemaran ramai tak kira usia.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi resipi kerabu mangga air tangan sendiri yang mendapat pujian daripada suaminya. Katanya, “Sedap macam makan kat kedai Mek Siam!”

Apa yang lagi menarik, bahan-bahannya mudah didapati dan cara penyediaannya pun tak renyah. Tapi hasilnya? Cukup luar biasa. Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut.

Baca juga: Resipi Kerabu Ayam Goreng Ini Cukup Rasa Masam, Manis & Pedas, Sedap Ratah!

RESEPI KERABU MANGGA THAI

kerabu mangga

Bahan-bahan:

  • 1 biji mangga separuh masak (tua) – disagat halus
  • 1 kuntum bunga kantan – dihiris halus
  • 1 batang lobak merah (carrot) – disagat
  • 5-6 biji cili padi – dihiris (kuantiti boleh ikut tahap kepedasan)
  • 1 biji bawang besar – dihiris nipis
  • 3-4 biji limau kasturi – ambil jusnya
  • Ikan bilis goreng – ditumbuk kasar
  • Kacang tanah sangai – dibuang kulit dan ditumbuk kasar
  • 1-2 sudu besar sos ikan
  • Garam, gula dan serbuk perasa – secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan yang telah dihiris dan disagat ke dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan ikan bilis dan kacang tanah yang telah ditumbuk kasar.
  3. Perahkan jus limau kasturi ke dalam campuran tadi.
  4. Tambahkan sos ikan dan sesuaikan rasa dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa jika suka.
  5. Gaul rata semua bahan hingga sebati.
  6. Siap untuk dihidang!

Sumber: Marina Miskam

Baca juga: Resipi Kerabu Ayam Goreng Ini Cukup Rasa Masam, Manis & Pedas, Sedap Ratah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN