resepi kentang putar

Kadangkala, makanan yang paling sedap itu datang daripada yang paling ringkas. Jadi, kami cadangkan anda cuba resepi Kentang Putar yang menggunakan 5 bahan mudah ini.

Kentang Putar sangat popular sebagai hidangan sampingan di restoran makanan Barat terutamanya kanak-kanak kerana hasilnya lemak berkrim dan menyelerakan.

Farid Sham telah kongsikan resepi Kentang Putar di Facebook yang sangat mudah dibuat dan hasilnya cukup memikat selera. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Begedil Kentang Simple Yang Mak-Mak Suka Buat, Guna 5 Bahan Saja

RESEPI KENTANG PUTAR

resepi kentang putar

Bahan-bahan:

  • 1 buntil ubi kentang (lebih kurang 1½kg)
  • 1 sudu makan garam
  • 2 keping butter (setiap keping setebal 1 inci)
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk lada putih

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kupas kulit kentang dan cuci dengan bersih.

2. Potong kentang kepada empat bahagian. Jika kentang saiz besar, potong kepada enam bahagian.

3. Isikan air dalam periuk untuk rebus kentang dan masukkan garam sekali.

4. Pastikan untuk tengok jam dan rebus kentang antara 10 hingga 15 minit saja.

5. Angkat kentang dengan menggunakan penapis dan masukkan dalam loyang.

6. Masukkan butter, serbuk lada hitam dan putih.

7. Akhir sekali, lenyekkan kentang sementara ia masih panas sampai lembut dan lumat.

resepi kentang putar

Nak tambah lebih sedap lagi, anda boleh buat resepi Kentang Putar ini dan hidangkan bersama sos gravy yang lazat. Setelah makan, pasti terasa lembut dan cair di mulut.

Selamat mencuba!

Sumber: Farid Sham

Baca juga: Kentang Goreng Panjang Versi Jimat, Rangup Tak Boleh Bawa Bincang!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN