kengsom ayam

Pasti ramai dah biasa masak ikan masak kengsom kan? Kali ini apa kata jom kita cuba masak ayam kengsom pula.

Lauk ini merupakan hidangan yang berasal dari Thailand. Rasanya yang cukup dengan rasa masam, manis dan pedas pastinya membuka selera kita

Beberapa bahan wajib yang perlu digunakan untuk memasak kengsom ayam adalah nenas, kangkung dan perahan limau. Bahan ini bertujuan untuk mewujudkan rasa masam pada hidangan.

Jika ada yang ingin mencubanya, mari ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Puan Wan Norhidayah Wan Yussof di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Mudah Buat Ikan Kengsom Masakan Thai, Sedap Menjilat Jari!

RESIPI KENGSOM AYAM YANG MASAM, MANIS, PEDAS

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 1/2 biji nenas
  • Kangkung
  • 2 batang serai – ketuk
  • 1 biji limau nipis
  • Garam
  • Gula

Bahan kisar:

  • 2 tangkai cili merah
  • 8 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar – sederhana besar
  • 6 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 1 inci kunyit hidup

Cara-cara:

1. Blender semua bahan kisar. Kemudian tuangkan ke dalam periuk bersama dengan air secukupnya. Masak hingga mendidih.

2. Kemudian, masukkan nenas dan serai. Masak lagi sehingga mendidih seketika sebelum dimasukkan ayam.

3. Bila dah mendidih, baru masukkan ayam dan biar sehingga masak. Setelah ayam masak, masukkan pula garam dan gula secukup rasa.

4. Tutup api dan masukkan kangkung. Kangkung dimasukkan selepas tutup api kerana mahu mengekalkan teksturnya yang rangup.

5. Seterusnya, masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan. 

Nota: Masakan Thailand mesti ada rasa masam, manis dan pedas.

kengsom ayam

Kredit resipi dan gambar: Wan Norhidayah Wan Yussof

Baca juga: Resipi Asam Pedas Ayam Yang Lazat, Kuah Kena Pekat Macam Ni Baru Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN