kek coklat mini kukus

Kalau suka makan kek yang lembut dan gebu, memang wajib cuba resipi kek coklat mini kukus ini. Bahan-bahannya ringkas saja, tapi hasilnya memang lembap dan cair dalam mulut.

Menariknya, kek coklat ini tak perlukan oven, cuma perlu kukus atas dapur. Jadi, sesiapa saja boleh cuba buat sendiri di rumah.

Teksturnya juga tetap lembut walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Ada pula topping coklat leleh, memang tak berhenti makan dibuatnya!

Baca juga: Resipi Kek Marble Paddle Pop Gebu Dan Lembut, Cantiknya Warna Pastel Lembut!

RESIPI KEK COKLAT MINI KUKUS

kek coklat mini kukus

Bahan-bahan kek coklat:

  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan serbuk koko

Bahan kering:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 4 biji telur gred A atau B

Cara membuat kek coklat:

  1. Satukan minyak, gula, susu pekat, susu cair dan serbuk koko dalam periuk.
  2. Masak atas api kecil hingga sebati dan berkilat. Bila dah cantik berkilat, tutup api.
  3. Dalam mangkuk lain, ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat.
  4. Pukul telur seperti nak buat telur dadar, kemudian tuang ke dalam campuran tepung secara berselang-seli.
  5. Masukkan campuran coklat yang dimasak tadi (tak perlu tunggu sejuk). Kacau hingga sebati dan tapis adunan supaya kek lebih ringan dan tiada ketul.
  6. Sudukan adunan ke dalam acuan kecil (lebih kurang 2 sudu besar setiap satu). Jangan penuh sangat sebab kek akan naik.
  7. Kukus selama 10 minit dengan api besar hingga masak.

Bahan-bahan topping coklat:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak (masak/jagung/sayur)
  • 1 cawan susu pekat manis
  • ½ cawan susu cair

Cara-cara buat topping coklat:

  1. Satukan semua bahan dalam periuk dan masak atas api kecil sambil kacau tanpa henti hingga sebati dan tidak berketul.
  2. Bila dah siap, tapis topping supaya halus.
  3. Tuang topping ke atas kek yang telah siap dikukus.
  4. Taburkan coklat rice di atasnya untuk hiasan.
  5. Simpan dalam peti sejuk. Lagi sedap bila dimakan sejuk-sejuk!

Sumber: Pn Habsah Ngah

Baca juga: Resipi Tart Telur Portugis Sedap Macam Dekat Kedai Kek, Makan Sebiji Confirm Tak Cukup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN