Categories: Resipi

Wanita Kongsi Resepi Kek Marble Jelita Kegemaran Ibu, Bakar Atau Kukus, Dua-Dua Jadi!

Apabila dapat buat kek yang disukai oleh ibu, memang bahagia tak terhingga. Apa kata, hari ini anda buat resepi Kek Marble Jelita yang menjadi kegemaran mak-mak sekarang.

Kek Marble Jelita mempunyai corak yang biasanya terdiri daripada lebih daripada dua warna adunan yang berbeza. Nak lebih kreatif, boleh buat corak bunga yang cantik.

Ariana Sofia Ahmad telah kongsikan resepi Kek Marble Jelita di Facebook yang disukai oleh ibunya. Tambahan pula, ada tips untuk bakar atau kukus yang cantik. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Kek Marble Kampung Paling Senang Nak Buat, Wangi Semerbak Luar Biasa

RESEPI KEK MARBLE JELITA

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur (gred B)
  • 1¼ cawan gula kastor
  • 1 cawan butter
  • 2½ cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 5 sudu besar susu segar
  • 1 sudu kecil cream off tartar

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, mix butter dan gula sampai gebu atau bertukar warna putih (pastikan jadi putih dan adunan gebu).

2. Selepas itu, masukkan ovallete, telur dan esen vanilla. Boleh juga masukkan telur satu demi satu (saya masukkan semua terus).

3. Mix sampai sebati dan pastikan adunan jadi licin dan tak berketul (jangan terlampau cair pula).

4. Kemudian, ayak tepung, soda bikarbonat, baking powder dan cream off tartar. Mix sampai sebati. Nak letak tepung sikit-sikit semasa mix pun boleh.

5. Setelah sebati, masukkan susu pekat manis dan susu segar, kemudian mix sampai adunan sebati dan licin.

6. Bahagikan kepada 4 bekas. 3 bekas dengan kuantiti yang sama banyak dan 1 bekas lagi lebih sedikit kuantitinya.

7. Letak pewarna yang dimahukan kepada ketiga-tiga bekas. Satu lagi bekas biar kosong untuk letak lapisan atas nanti.

8. Letak adunan dalam loyang secara selang seli kecuali warna kosong. Pastikan loyang 8″ telah dilapik dengan baking paper dan sekeliling loyang sapu butter atau marjerin.

9. Seterusnya, lorek guna lidi mengikut kretiviti masing-masing.

10. Setelah siap lorek, letak pulak adunan kosong kat atas permukaan supaya menutup semua corak tadi. Pastikan tinggal sedikit adunan untuk buat corak bahagian atas pulak.

11. Lebihan adunan kosong tadi bahagikan kepada warna yang dimahukan. Letak warna mestilah lebih terang daripada warna adunan bawah tadi.

12. Kemudian, lorek mengikut kretiviti sendiri. Bakar dengan suhu 130°C selama 1 jam 20 minit. Guna tray yang bawah sekali. Selepas 45 minit, letak aluminium foil atas loyang supaya tak hangit.

13. Setelah kek masak, terbalikkan atas redai atau jaring petak. Tiada redai pun tak mengapa, cuma kek kena terbalikkan juga supaya tak mendap.

14. Selepas 5 atau 10 minit, betulkan semula kek. Setelah itu, boleh potong. Siap untuk dinikmati!

Terdapat 3 tips untuk cara bakar atau kukus dalam resepi Kek Marble Jelita ini:

1. Bakar (warna atas nampak cantik).

Pakai suhu 130°C selama 1 jam 20 minit. Selepas 45 minit, tutup loyang bahagian atas dengan aluminium foil. Guna api atas bawah. Tray bawah sekali.

2. Bakar biasa (gelap sikit bahagian atas).

Pakai suhu 150°C selama 50 minit. Guna api atas bawah dan tray bahagian tengah.

3. Kukus (wrap loyang).

Selama 50 minit atau sampai masak.

Selamat mencuba!

Sumber: Ariana Sofia Ahmad

Baca juga: Resepi Kek Marble Gebu, Satu Adunan Saja Boleh Bakar Atau Kukus Dengan Mudah

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

49 minutes ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

55 minutes ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

1 hour ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

2 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

2 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

5 hours ago