Categories: Resipi

Resepi Kek Marble Gebu, Satu Adunan Saja Boleh Bakar Atau Kukus Dengan Mudah

Sesiapa saja yang suka makan kek pasti menyukai resepi Kek Marble gebu dan lembut. Lebih-lebih lagi, ia boleh dihasilkan dengan cara bakar atau kukus.

Kek Marble atau dikenali sebagai kek marmar adalah kek dengan rupa berjalur atau bertompok yang biasanya dihasilkan daripada campuran kek vanilla dan coklat.

Ika Zul telah kongsikan resepi Kek Marble gebu yang cukup cantik sehingga dapat pujian ramai di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Cream Frosting Untuk Hias Kek, Sebijik Macam Di Kedai Kek Dulu-Dulu

RESEPI KEK MARBLE GEBU

Bahan A:

  • 250gram marjerin atau mentega
  • 190gram gula kastor

Bahan B:

Bahan C:

  • 230gram tepung gandum atau tepung kek
  • ½ sudu teh serbuk penaik

Bahan D:

  • 50 gram susu penuh krim UHT
  • 1 sudu teh esen buttervanilla

Bahan pewarna:

  • 2 sudu makan serbuk koko + ½ sudu teh coklat emulco
  • 1 sudu teh pewarna pink + ½ sudu teh perasa strawberry

Cara-cara membuat:

1. Putar bahan A pada kelajuan perlahan selama 2 minit. Kaup balik adunan.

2. Putar lagi dengan kelajuan sederhana selama 15 minit. Putar sehingga adunan ringan dan gebu. *Tanda adunan sudah gebu adunan tidak terjatuh bila diterbalikkan*

3. Masukkan bahan B satu persatu sambil memutar adunan.

4. Masukkan bahan C yang telah diayak sesudu demi sesudu.

5. Masukkan bahan D dan putar lagi selama 3-5 minit.

6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.

7. Masukkan serbuk koko dan pewarna. Lagi 1 bahagian biarkan warna asli.

8. Gris loyang dengan maRjerin dan kemudian lapik dengan kertas pembakar.

9. Masukkan adunan secara selang seli.

10. Hentak loyang 3 kali untuk keluarkan angin di dalam kek dan lorekkan permukaan kek.

11. Bakar kek pada suhu 150°C selama 60 minit atau sehingga masak.

Resepi Kek Marble gebu ini menggunakan loyang 8″ dan jika anda suka manis, boleh tambah gula sehingga 200-210gram. Selain itu, kek ini boleh dibakar atau dikukus dengan mudah.

Kaedah bakar:

Bakar pada suhu 150°C, api atas bawah, padam kipas, rak tengah dan dibakar selama 50-60 minit bergantung pada oven masing-masing.

Kaedah kukus:

Gunakan api sederhana dan pastikan sebelum masukkan adunan, air dalam kukusan mendidih. Balut penutup pengukus dengan tuala supaya air wap tidak jatuh ke permukaan kek. Jika tak ditutup, permukaan kek akan jadi tak cantik.

Selamat mencuba!

Sumber: Ika Zul

Baca juga: Kek Marble Sukatan Cawan Yang Mudah, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!

Aimi

Recent Posts

Cara Buat Satay Bhalut Yang Sedang Viral, Rangup Dan ‘Juicy’ Di Dalam

Baru-baru ini telah viral tentang keenakan Satay Bhalut yang buat ramai teringin cuba sendiri di…

11 hours ago

Resepi Agar-Agar Santan Lapis Pelangi, Cantik Berkilau Bak Cermin Kejadiannya

Pantang ada masa terluang, mesti nak cuba resipi baru yang menarik. Kali ini, kami nak…

12 hours ago

Koktel Buah Segar Dan Kurang Manis, Boleh Buat Di Rumah Sepantas ABC!

Apabila cuaca panas, tekak rasa dahaga dan inginkan sesuatu supaya badan segar. Jika begitu, kami…

13 hours ago

Nasi Ambeng Johor Versi Cepat Siap, Resipi Ringkas Tapi Cukup Menyelerakan

Jika anda lahir di Johor dan berketurunan Jawa, pasti suka makan Nasi Ambeng Johor yang…

15 hours ago

Cara Masak Beras Basmathi, Guna Tips Ini Baru Lembut Dan Berderai Elok!

Pelbagai jenis nasi dibuat menggunakan beras basmathi seperti nasi minyak, nasi beriani dan banyak lagi.…

1 day ago

Cara Mudah Buat Pancake Kapit Mini, Comel Sangat Sampai Anak Pun Suka!

Setiap hari mak-mak akan memikirkan hidangan yang mampu menarik selera anak. Oleh itu, kami nak…

2 days ago