resepi kek lapis kukus

Ramai yang menyambut Hari Merdeka dengan menghasilkan hidangan tema kemerdekaan seperti resepi Kek Lapis Kukus Merdeka.

Kek Lapis sangat terkenal di Sarawak yang boleh dibuat dengan cara bakar atau kukus. Tapi, ramai yang sukakan resepi Kek Lapis Kukus kerana lebih mudah dibuat.

Nak tunjuk semangat patriotik dalam diri sempena Hari Merdeka, anda boleh cuba resipi Kek Lapis Kukus Merdeka yang dikongsikan oleh Julia ALeen Aireish di Facebook ini.

Baca juga: Aiskrim Malaysia Bluemint Dynamite, Biru Dia Lain Macam!

RESEPI KEK LAPIS KUKUS MERDEKA

resepi kek lapis kukus

Bahan-bahan:

  • 200gm tepung gandum
  • 200gm gula kastor
  • 6 biji telur saiz B
  • 60ml santan kelapa
  • 150ml minyak jagung atau minyak masak
  • 20gm ovalette
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Hujung sudu garam halus
  • Pewarna kesukaan
  • Jem buah campur (perasa jem lain pun boleh)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan telur, gula, ovalette, esen vanilla dan garam, kemudian putar sampai kembang putih gebu.

2. Selepas itu, masukkan tepung sedikit-sedikit sambil putar perlahan, buat sampai tepung habis.

3. Seterusnya, masukkan santan dan putar perlahan sampai sebati, kemudian masukkan minyak kaup balik sampai sebati.

4. Bahagikan adunan, asingkan 2 senduk kecil untuk hiasan bentuk bulan dan bintang, lebihan adunan dibahagi kepada 4 bahagian (jika nak buat lapisan seperti warna bendera Malaysia).

5. Titiskan pewarna biru, merah,kuning dan untuk putih guna adunan yang asal.

6. Sediakan loyang 8×8, dilapik dengan kertas baking.

7. Panaskan air kukusan, kukus adunan yang diasingkan 2 senduk tadi dahulu, pastikan diwarnakan dengan warna kuning. Kukus lebih kurang 10 minit.

8. Setelah itu, kukus lapisan pertama warna putih selama 10 minit, Sejurus sudah masak, lapiskan dengan warna merah, kukus 10 minit juga, ulang langkah untuk warna biru, akhir sekali warna kuning. Adunan akhir dikukus 15 minit supaya keseluruhan kek masak cantik.

9. Apabila sejuk, boleh keluarkan dari loyang. Potong ikut kreativiti, nak panjang atau pendek pun boleh.

resepi kek lapis kukus

10. Akhir sekali, sapu jem disetiap lapisan yang dipotong, susun secara berlapis, letak hiasan bulan dan bintang. Siap untuk dihidang!

Setelah mencuba resepi Kek Lapis Kukus Merdeka ini, anda akan teruja dengan hasilnya yang sedap bersama jem manis yang cukup memuaskan.

Selamat Hari Merdeka!

Sumber: Julia ALeen Aireish

Baca juga: Puding Red Velvet Jalur Gemilang, Boleh Cuba Resipi Ini Sempena Hari Merdeka!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN