Categories: Resipi

Resipi Kek Sarang Semut Berongga & Kenyal, Elok Sungguh Kejadiannya!

Resepi kek gula hangus ini sangat sesuai untuk minum petang! Dengan kejadiannya yang berongga dan kenyal, setiap suapan pasti memuaskan. Resipi ini mudah sangat dan hasilnya memang memuaskan.

Ikut saja langkah-langkahnya di bawah, anda akan dapat kek yang sedap dan wangi, sesuai untuk dihidangkan kepada keluarga atau tetamu. Jika dipadankan dengan secawan teh panas, pasti lebih puas. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Puding Kek Batik Lembut, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

RESEPI KEK GULA HANGUS

Bahan-bahan:

  • 2 cawan gula diperangankan
  • 2 cawan air panas mendidih
  • 250 g mentega/marjerin (dicairkan)
  • 2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 5 biji telur gred A/B
  • 1/2 cawan susu pekat

Cara-cara:

  1. Panaskan 2 cawan gula diperangankan dengan api perlahan. Setelah gula menjadi perang, masukkan 2 cawan air panas mendidih perlahan-lahan dan kacau hingga larut. Tutup api dan sejukkan.
  2. Sementara menunggu gula perang, cairkan mentega/marjerin dan sejukkan.
  3. Dalam bekas lain, pecahkan 5 biji telur dan kacau hingga pecah. Masukkan 1/2 cawan susu pekat dan kacau hingga rata. Tambahkan esen vanilla dan mentega yang telah dicairkan, kemudian kacau lagi.
  4. Sementara itu, ayak 2 cawan tepung gandum dan 2 sudu kecil soda bikarbonat, kemudian masukkan ke dalam adunan telur tadi.
  5. Akhir sekali, masukkan gula yang diperangankan tadi dan kacau hingga rata. Jika ada ketulan, boleh masukkan terus ke dalam acuan. Loyang perlu dilapik dengan kertas baking.
  6. Perap selama 2-3 jam. Bakar pada suhu 150°C selama 20 minit dengan api bawah, kemudian tukar kepada 170°C selama 15-20 minit dengan api atas dan bawah.

Kredit resipi dan gambar: Eniza M. Salim

Baca juga: Kek Chiffon Oren Gebu, Resipi Terlajak Mudah Guna Sukatan Cawan

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago