Bukan mak-mak saja yang suka buat kek, malah wanita dan lelaki yang belum kahwin pun berminat dengan resepi Kek Butter mudah ini.
Walaupun muncul pelbagai jenis kek viral di Malaysia, namun ia tak dapat menandingi kek lama seperti Kek Butter yang terkenal dengan keistimewaannya tersendiri.
Kali ini kami kongsikan resepi Kek Butter mudah daripada Nurul Aini Mohamed Ali di Facebook yang mendapat pujian ramai kerana hasilnya menjadi. Jom kita cuba!
Baca juga: Kek Butter Oren, Begini Rahsia Supaya Parutan Oren Kekal Cantik
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Mula-mula, putar butter bersama gula dan esen vanilla dengan kelajuan tinggi sehingga ia bertukar warna putih.
2. Selepas itu, masukkan telur dan putar satu demi satu secara perlahan.
3. Seterusnya, masukkan tepung dan putar lagi sehingga sebati.
4. Akhir sekali, boleh bakar pada suhu 180ºC selama 40 minit (bergantung pada oven masing-masing). Setelah sejuk, boleh potong. Siap untuk dinikmati!
Sampai sekarang masih ramai yang sukakan Kek Butter ini kerana mudah dibuat. Senang cerita, mereka yang tak tahu buat kek pun boleh terus pandai dengan resepi ini.
Kek Butter merupakan hidangan paling sesuai untuk dinikmati ketika sarapan atau minum petang bersama keluarga tersayang.
Selain itu, resepi Kek Butter mudah ini boleh digunakan ketika anda nak menyediakan pencuci mulut untuk tetamu yang datang ke rumah.
Tekstur Kek Butter yang lembut dan gebu mulus serta cair di mulut pasti buatkan keluarga anda makan sampai berkali-kali dan tak berhenti untuk memuji kesedapannya.
Nak jadikan Kek Butter nampak lebih menarik, anda boleh hidangkannya bersama kopi atau teh O yang panas di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Aini Mohamed Ali
Baca juga: Kek Minyak Red Velvet Tak Payah Guna Butter, Tetap Lembut Gebu
Apabila ditanya tentang pencuci mulut yang disukai, semestinya ramai akan jawab kek. Disebabkan itu, MyResipi…
Pantang nampak Jemput Jemput Ikan Bilis depan mata, mesti tak sabar nak mengunyah. Maklumlah, kuih…
Buat penggemar steamboat, jom cuba resepi sos steamboat homemade ini. Apa yang menarik, anda boleh…
Jika sudah biasa membuat tauhu bergedil, apa kata kali ini kita cuba belajar cara buat…
Setiap kali teringat hidangan lauk sewaktu kenduri saudara-mara, mesti teringin buat sendiri di rumah. Oleh…
Hari ini teringin makan hidangan daripada masakan Padang, jadi kami begitu teruja untuk kongsikan cara…