Categories: Resipi

Resepi Kek Butter Sedap & Moist, Gebu Gebas Begini Baru Suami Sayang Lebih!

Jika anda mempunyai hobi buat kek di rumah, pasti menyukai bau aromanya yang keluar dari oven. Apa kata, hari ini anda cuba resepi Kek Butter gebu dan sedap ini di rumah.

Kek Butter sering menjadi kegemaran seisi keluarga kerana pencuci mulut ini sedap dimakan tak kira masa. Tambahan pula, hasilnya lembut dan wangi boleh buat sesiapa pun tergoda.

Baru-baru ini, Awin Mazuin Abdul Aziz telah kongsikan resepi Kek Butter gebu di Facebook yang cukup menarik kerana hasilnya sedap dan lembut dimakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Marjerin Semudah 5 Langkah, Mak-Mak Lagi Suka Versi Cantik Begini

RESEPI KEK BUTTER GEBU

Bahan-bahan:

  • 160gm butter salted creamy (jenama SCS)
  • 150gm gula kastor
  • 180gm tepung kek naik sendiri (jenama blue key)
  • 4 biji telur saiz besar
  • 1 penutup esen vanilla
  • ¼ cawan buttermilk (campur ¼ cawan susu kotak segar jenama Dutch Lady dengan 1 sudu kecil cuka makan, buat dulu dan ketepikan)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, pukul butter dengan mixer pada speed laju selama 15 minit sampai kembang dan kaup balik adunan, kemudian pukul lagi selama 5 minit.

2. Setelah tekstur gebu dan ringan, masukkan gula kastor dan pukul sampai kembang lagi selama 15 minit, kemudian kaup balik adunan dan pukul selama 5 minit lagi.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul selang masa 1 minit.

4. Masukkan esen vanilla dan pukul selama 10 minit bagi adunan sebati.

5. Apabila sudah siap, tutup mixer dan masukkan tepung (ayak dulu supaya tak berketul), kemudian gaul guna senduk saja bagi sebati (jangan guna mixer sebab takut terlebih kembang nanti tak gebu).

6. Waktu ini boleh masuk buttermilk tadi sedikit demi sedikit, gaul sebati dan tengok adunan mesti jadi kental (apabila angkat adunan dengan senduk, ia susah nak jatuh balik).

7. Sebelum masukkan dalam cake tin (acuan kek), panaskan oven (oven saya kecil jadi guna suhu 150ºC saja, panaskan 10 minit). Sementara itu, boleh lapik cake tin dengan baking paper.

8. Masukkan adunan, tuang sedikit demi sedikit nak elak gelembung udara dalam adunan dan hentak-hentak sedikit cake tin tersebut.

9. Letak cake tin atas dulang oven. Letak air panas dulu dalam dulang, baru letak cake tin atas dulang air panas (teknik ini namanya waterbath, boleh buat kek moist).

10. Masuk dulang cake tin dalam rak tengah, api atas bawah suhu 150ºC selama 60 minit.

11. Setelah 60 minit, cucuk sikit kek tengok melekat tak. Jika tak melekat, kek dah cantik tapi bahagian atas masih tak garing. Naikkan sikit suhu 170ºC selama 30 minit lagi.

12. Akhir sekali, keluarkan dari oven dan wrap dengan cling wrap, kemudian letak dalam peti sejuk selama ½ jam. Setelah itu, boleh potong. Siap untuk dinikmati!

Adunan dalam resepi Kek Butter gebu ini sesuai digunakan untuk cake tin bersaiz 6″ atau 7″. Paling penting, hasilnya yang sedap pasti buat orang tersayang puji berkali-kali.

Selamat mencuba!

Sumber: Awin Mazuin Abdul Aziz

Baca juga: Resepi Kek Butter Klasik, Wanita Ini Kongsi Rahsia Dapat Hasil Lebih ‘Moist’

Aimi

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

2 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

4 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

6 hours ago