Terdapat pelbagai jenis kek batik yang boleh dicuba, masing-masing dengan variasi bahan dan cara penyediaan yang berbeza. Namun, resepi kek batik simple ini adalah salah satu cara paling mudah yang menjadi kegemaran ramai.
Resipi ini hanya memerlukan empat bahan yang mudah didapati di pasaraya atau kedai runcit berhampiran. Langkah penyediaannya juga sangat mudah diikuti.
Selain itu, kek batik ini bukan jenis yang lembut seperti kek biasa, tetapi sangat rangup apabila dikunyah. Rasanya yang manis juga pasti akan memikat hati sesiapa sahaja.
Baca juga: Resipi Puding Kek Batik Lembut, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!
RESEPI KEK BATIK SIMPLE 4 BAHAN
Bahan-bahan:
- 300 gm biskut marie
- 250 gm butter atau marjerin
- 2 cawan serbuk koko (Vico)
- Separuh tin susu pekat
- Sedikit susu cair (pilihan, mengikut kepekatan yang diingini)
Cara-cara:
- Hancurkan biskut Marie kepada kepingan kecil.
- Dalam periuk, cairkan butter atau marjerin dengan api sederhana. Setelah itu, masukkan serbuk koko dan gaul rata sehingga sebati.
- Tuangkan susu pekat ke dalam campuran koko dan butter, kemudian kacau sehingga semua bahan tercampur rata dan berkilat.
- Tambahkan sedikit susu cair mengikut kepekatan yang diingini.
- Masukkan biskut Marie ke dalam campuran coklat dan gaul rata sehingga biskut disaluti dengan sempurna.
- Tuangkan campuran ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas pembakar atau dioles dengan mentega. Ratakan permukaan dengan spatula.
- Biarkan kek batik sejuk dan keras dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dipotong dan dihidangkan.
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Cheche Lee
Baca juga: Kek Batik Matcha Indulgence, Rasa Pahit Manis ‘Matcha Lovers’ Wajib Cuba!