resepi kek batik lembut

Resepi kek batik lembut dengan coklat melting ini memang sedap dan pasti memikat hati sesiapa saja. Teksurnya lembut seperti kek, bila gigit rasa puas sangat!

Jika anda bukan peminat kek batik yang rangup, memang kena cuba resipi ini pula! Dijamin akan jatuh cinta apabila pertama kali menikmatinya.

Baca juga: Resipi Kek Coklat Ala Apollo, Buat Guna Loyang Besar Confirm Puas Makan!

RESEPI KEK BATIK LEMBUT

resepi kek batik lembut

Bahan-bahan kek batik:

  • 600g biskut Marie (patah-patahkan)
  • 200g mentega
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 biji telur
  • Esen vanila

Bahan-bahan topping/ganache:

  • 100g milk compound
  • 100g dark compound
  • 200ml whipping cream
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar golden syrup (pilihan)
  • 1/2 sudu kecil hazelnut oil (tips nak bagi coklat sedap macam Cadbury, jika tidak ada abaikan)

Cara-cara:

  1. Masak mentega sampai cair, masak kek batik menggunakan api kecil. Kemudian terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
  2. Masukkan pula milo dan serbuk koko. Kacau cepat-cepat supaya tidak berketul.
  3. Seterusnya, masukkan telur, kacau hingga rata dan baru masukkan air. Kacau sebati sehingga semua bahan sekata.
  4. Terakhir sekali, masukkan biskut. Kacau rata supaya semua biskut bersalut coklat. Ok, boleh tutup api.
  5. Terus masukkan semua ke dalam loyang saiz 10 inci (alas plastik supaya biskut tidak melekat dan senang tarik keluar) dan tekan-tekan padat.
  6. Tuang coklat ganache melting dan simpan dalam chiller selama 4 jam atau lebih sebelum dipotong.
  7. Keluarkan kek dan biarkan pada suhu bilik sekejap supaya kek lembut dan senang dipotong.

Tips: Untuk mendapatkan potongan yang cantik, pisau yang digunakan untuk memotong kek batik hendaklah dicelup dalam air panas atau lap dengan tisu setiap kali nak potong. Barulah potongan cantik dan kemas. Tak comot. Nak makan pun sedap je!

Sumber: Izzfaiqaainaa Mohd Nor

Baca juga: Resipi Kek Coklat Mousse, Tekstur Lembut & Creamy Macam Makan Aiskrim!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN