resepi kek 3 bahan

Resepi kek 3 bahan ini memang sangat mudah, tetapi rasanya memang sedap yakmat! Apa yang menarik, kek ini juga sesuai untuk diet kerana tidak menggunakan gula. Jadi, anda boleh menikmati kek ini tanpa rasa bersalah.

Dengan hanya 3 bahan iaitu yogurt, telur dan tepung jagung, anda sudah boleh buat kek yang lazat dan memuaskan. Anda juga boleh tambahkan keju dan madu sebagai topping jika suka.

Kalau ada yang nak cuba, boleh lihat resipi lengkap yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama moeirajohnson di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Kek Batik Klasik Versi ‘Crunchy’, Cara Ringkas Guna 4 Bahan Je!

RESEPI KEK 3 BAHAN

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 bekas yogurt (500 gm)
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • Keju dan madu sebagai topping (jika suka)

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Satukan yogurt dan telur dalam satu mangkuk. Kacau menggunakan whisk tangan sehingga bahan-bahan sebati.
  2. Kemudian, tambahkan tepung jagung ke dalam campuran tersebut. Kacau lagi sehingga semuanya tercampur rata.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas pembakar (baking paper).
  4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 30 minit atau sehingga masak.
  5. Jika suka, drizzling (tuangkan) madu di atas permukaan dan taburkan keju sebagai topping. Selamat mencuba!

Kredit resipi: TikTok moeirajohnson

Baca juga: Kek Pisang ‘Moist’ Versi Bakar, Resipi Mudah Guna Sukatan Cawan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN