resepi karipap ayam

Jom cuba resepi karipap ayam yang sedap dan mudah ini. Biasanya kita guna daging kan? Kali ini guna inti ayam pula.

Mula-mula kita buat kulitnya terlebih dahulu. Kulit karipap perlu diperap selama 2 jam untuk menghasilkan kulit yang lembut dan rangup. Sementara tunggu kulit karipap selesai diperap, kita buat intinya pula.

Resipi perkongsian oleh Adyna ini dijamin ‘anti-gagal’. Cukup sedap jika dimakan pada waktu petang dengan secawan kopi O. Jangan lupa cuba ya!

Baca juga: Cara Buat Karipap Kulit Paratha Guna Air Fryer, Mudah Je!

RESEPI KARIPAP AYAM (KULIT)

resepi karipap ayam

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung cap sauh
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 sudu makan marjerin
  • Air sejuk 350-400ml untuk setiap 1 kg tepung

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan marjerin. Kemudian curah ke atas tepung, gaul menggunakan sudu terlebih dahulu sebab panas.

2. Apabila tepung sudah siap digaul, tuangkan pula air sejuk. Uli sehingga sebati. Jangan risau jika tak licin, asalkan sebati.

3. Bila dah siap uli, masukkan dalam plastik supaya tidak terkena angin supaya doh lembut dan sedikit berminyak. Biarkan selama 1 atau 2 jam.

4. Kemudian sedia untuk digunakan untuk membuat karipap.

5. Kalau nak buat untuk goreng, goreng separuh masak saja.

RESIPI INTI KENTANG AYAM

Bahan-bahan:

  • 1 ½kg ubi kentang (dipotong dadu)
  • 2@3 biji bawang besar (dicincang/dikisar)
  • 5@6 ulas bawang putih (dicincang/dikisar)
  • 4@5sudu makan serbuk kari
  • 2@3sudu makan serbuk cili
  • 1 cawan gula
  • Sedikit daun kari
  • 2@3 sudu teh garam
  • Daging ayam dicincang
  • 1@2 sudu teh serbuk perasa
  • Sedikit air@ secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, tumis bawang sehingga naik bau.

2. Masukkan rempah kari, serbuk cili, gula, garam, perasa dan sedikit air.

3. Masukkan daging ayam yang dicincang dan ubi kentang. Kacau sehingga kering.

4. Padamkan api dan sejukkan inti. Sedia digunakan untuk inti karipap. Selamat mencuba!

resepi karipap ayam

Kredit resipi dan gambar: Adyna

Baca juga: Resipi Karipap Sardin Paling Sedap, Sekali ‘Ngap’ Pasti Tak Cukup Satu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN