Categories: Resipi

Resipi Kari Ayam Padu Dari Biasa, Rupanya Kena Perap Dengan Bahan Rahsia

Terdapat pelbagai resepi kari ayam sedap dan mudah untuk dicuba. Salah satunya adalah resipi versi ‘perap’ yang dikongsikan oleh Puan Syalfarina Razali.

Biasanya apabila memasak kari, kita terus masukkan ayam setelah kari pecah minyak. Namun kali ini, kita akan perap ayam terlebih dahulu dengan bahan rahsia.

Untuk mengetahui cara penyediaannya dengan lebih lanjut, jom baca resipi penuh di bawah. Dijamin anda akan jatuh cinta dengan cara ini!

Baca juga: Resipi Kari Ayam Hijau Ala Thai Tanpa Rempah Kari, Bau Harum Semerbak!

RESEPI KARI AYAM SEDAP

Bahan-bahan:

  • Ayam (diperap selama 2 jam dengan rempah kari)
  • Rempah kari (2-3 sudu)
  • Daun kari (secukupnya)
  • Bawang merah (8 biji, dihiris)
  • Bawang putih (4 biji, dihiris)
  • Halia (seinci, dihiris)
  • Buah keras (1 biji, jika diblend)
  • Rempah 3 sekawan (secukupnya)
  • Tomato (1 biji, dikerat 4)
  • Serbuk kunyit (1 sudu kecil)
  • Kentang (secukupnya, dipotong)
  • Kerisik kelapa (secukupnya)
  • Santan (1 kotak kecil)
  • Bahan perasa (secukupnya)
  • Air (secukupnya)

Cara-cara:

  1. Perap ayam bersama rempah kari selama dua jam. Anda juga boleh menambah daun kari untuk rasa yang lebih sedap.
  2. Tumis 8 biji bawang merah, 4 biji bawang putih, dan seinci halia (semua dihiris, tetapi jika suka, boleh dikisarbersama 1 biji buah keras).
  3. Jangan lupa untuk masukkan rempah 3 sekawan, daun kari, dan 1 biji tomato yang dikerat 4.
  4. Setelah naik bau, masukkan ayam yang telah diperap, gaul rata, dan tunggu sehingga air ayam keluar. Kemudian, masukkan sesudu kecil serbuk kunyit.
  5. Tambahkan kentang. Air ayam akan keluar bersama rempah kari yang diperap. Masukkan 2-3 sudu rempah kari (untuk seekor ayam).
  6. Apabila ayam separuh masak, masukkan sedikit air. Tidak perlu tenggelamkan ayam. Kuah akan nampak sedikit cair, tetapi tambah kerisik kelapa sebagai pemekat dan penyedap, serta 1 kotak kecil santan.
  7. Masukkan bahan perasa dan reneh kuah sehingga ayam dan kentang masak sepenuhnya. Tutup api.
  8. Kuah akan nampak sangat elok, tak cair, tak pekat dan sedap. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Syalfarina Razali

Baca juga: Kari Ikan Sardin, Ini Cara Masak Paling Simple Tanpa Guna Santan

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago