Resepi jemput bawang atau cucur bawang ini sedikit berbeza. Apa yang lain adalah dari segi bentuknya yang seakan sama dengan ‘benjo telur’.
Cucur bawang ini juga lembut dan juga sedikit rangup. Cara membuatnya pula hanya memerlukan beberapa bahan yang ringkas dan mudah didapati.
Jika ada yang mahu mencuba, boleh lihat resipi penuh yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Memey Sedak di bawah.
Baca juga: Resipi Cucur Ikan Bilis Yang Bulat Elok, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara-cara penyediaannya:
1. Bancuh soda bikarbonat dengan garam, air, gula, bawang dan telur sampai gula larut.
2. Kemudian, masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
3. Panaskan kuali leper dan masukkan minyak separuh kuali.
4. Susun acuan telur benjo atas kuali leper.
5. Pastikan minyak sudah panas dan masukkan adunan ke dalam acuan itu.
6. Biarkan seketika dan angkat acuan dari tepung.
7. Balik-balikkan dan goreng sehingga jemput masak.
8. Sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Facebook Memey Sedak via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Baca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…