Resepi ikan stim limau ini cukup mudah dan ringkas kerana tidak perlu menggunakan serai, halia, lengkuas mahupun bawang merah. Hanya memerlukan bawang putih, cili api dan limau nipis sahaja.
Namun begitu, ada petua yang perlu dipraktikkan supaya ikan stim tak hanyir danĀ fresh. Untuk mengetahui tips tersebut, mari ikuti perkongsian lengkap oleh Puan Zalina Yahaya di bawah.
Baca juga: Resipi Ikan Stim Ala Nyonya Sedap & Isi Lembut, 4 Langkah Je Dah Siap!
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan. Cuci bersih ikan dan bahan lainnya.
2. Panaskan pengukus sehingga air menggelegak. Kemudian kukus ikan selama 10 minit. Kukus ikan sahaja tanpa letakkan bahan lain.
3. Sambil tunggu ikan dikukus, perahkan limau nipis, hiris bawang putih dan cili api.
4. Selepas 10 minit, angkat ikan dari pengkukus. Tuangkan air ikan ke dalam mangkuk. Kemudian, campurkan dengan hirisan cili api dan bawang putih tadi berserta 4 sudu besar air, 1/4 sudu teh garam, 8 sudu air limau nipis, 4 sudu besar gula dan hirisan daun ketumbar.
5. Kemudian tuang ke atas ikan dan sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Zalina Yahaya
Baca juga: Ayam Masak Stim Limau Cara Mudah, Resipi MEMIKAT Perut Suami
Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…
Kalau ada yang rindu nak makan celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba…
Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut…
Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam…
Bosan asyik makan nasi untuk makan tengah hari? Apa kata cuba resepi lasagna daging yang…
Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…