Categories: Resipi

Resipi Ikan Siakap Rebus Ala Stim Limau, Cara Mudah Tak Perlu Kukus!

Resepi ikan siakap rebus ini sesuai untuk mereka yang tiada pengukus di rumah. Walaupun guna teknik rebus, hasilnya lebih kurang sama seperti ikan stim limau.

Tak kisah dimasak dengan cara apa pun, asalnya rasanya tetap sedap dan menyelerakan. Yang paling, cara penyediaannya cukup ringkas dan menjimatkan masa!

Jom lihat resipi penuh yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sesawang Facebook yang bernama Ellyna Abdul Aziz di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Buat Stok Kuah Siakap Stim Limau, Bila Nak Makan Tinggal Curah Je!

RESEPI IKAN SIAKAP REBUS ALA STIM LIMAU

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ikan siakap
  • Lada hitam
  • Garam
  • Bawang putih 4-5 ulas (dicincang)
  • Serai (diketuk)
  • Cili padi (dihiris)
  • Akar ketumbar (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • Daun limau purut
  • Asam boi 3-4 biji (jika ada)
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Gula
  • Garam
  • Tomato
  • Limau
  • Daun ketumbar (jika suka)

Cara memasak:

1. Mula-mula, siang ikan dan cuci sehingga bersih. Perap ikan dengan lada hitam dan garam. Boleh letakkan juga lada sulah jika suka.

2. Rebuskan air sehingga menggelegak. Waktu ini boleh letakkan pati ikan bilis jika suka.

3. Masukkan bawang putih, serai, cili padi, akar ketumbar, halia dan daun limau purut. Boleh letakkan juga asam boi jika ada.

4. Bila dah mendidih, masukkan sos tiram, sos ikan, gula dan garam.

5. Kemudian, boleh letakkan ikan dan tomato. Biarkan sehingga ikan masak.

6. Perahkan limau secukupnya. Taburkan daun ketumbar jika suka.

7. Kalau mahu tekstur kuah lebih pekat, masukkan bancuhan air tepung jagung.

8. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Facebook Ellyna Abdul Aziz

Baca juga: Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai, Punyalah Sedap Kalah Kedai Siam!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago