Seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Afy Al Habibi berkongsikan satu resepi ikan selayang rebus yang harum semerbak.
Ikan rebus ini boleh diolah kepada pelbagai menu seperti goreng bawang, masak sambal, laksa penang dan lain-lain.
Empunya resipi turut mendedahkan tips untuk mengekalkan kepejalan ikan agar tidak lembik. Jom lihat perkongsiannya di bawah.
Baca juga: Cara Pilih Ikan Pari Yang Lembut, Gerenti Tak Keras Macam Getah!
Cara-cara:
1. Basuh cuci biar hilang darah di celah-celah dada ikan.
2. Ini pula bahan-bahan untuk tambah dalam rebusan:
– 1 sb gula merah (sepatutnya guna nisse 1/2 relung kecil. Tapi st ok kat rumah ni dah habis)
– 1/3 sudu kecil garam
– 1/2 sudu kecil perisa
– 1/3 sudu kecil asam jawa
– 1 sudu besar cuka
– 2 asam keping
– sehiris halia
– 2 hiris lengkuas
– 2 helai daun pandan
*KUANTITI semua ini boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera @ jumlah ikan yang digunakan*
3. Susun ikan dalam kuali. Kemudian masukkan bahan tambahan rebusan tadi.
4. Dah siap sedia untuk rebus. Tak perlu letak air sebab nanti air ikan akan turun sendiri nanti.
5. Tutup kuali dengan tudung periuk besar untuk elakkan ikan hangit. Nanti air ikan cepat keluar dengan sendiri. Rebus kira-kira 30 minit dalam api perlahan. 10 minit sebelum tutup api, cuba sikit kuahnya. Kalau tawar boleh tambah garam lagi.
6. Siap lepas 30 minit merebus. Air ikan memang akan keluar ya. Jika guna cara ini, isi ikan akan pejal.
7. Sejukkan dulu baru boleh simpan atau boleh terus masak ikut menu disukai untuk elak badan ikan hancur.
8. Tips menggoreng ikan rebus pula kalau tak kena gaya minyak panas terpercik merata. Lepas panaskan minyak, tutup dulu api. Masukkan ikan. Kemudian tutup dengan tudung periuk. Baru buka semula api. Nak balikkan pun guna kaedah sama.
9. Agak-agak ikan dah dekat garing, bolehlah masukkan bawang merah mayang dan cili padi hijau, merah.
10. Siap untuk dimakan, selamat mencuba!
11. Baki ikan rebus bolehlah simpan dalam peti untuk dibuat pelbagai menu masakan lain lagi seperti laksa. Semoga bermanfaat.
Sumber: Afy AL Habibi
Baca juga: Resipi Ikan Siakap Masak Pedas, Sekali Cuba Terus Jadi Peminat Nombor Satu!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…