Tiada idea nak masak apa menggunakan lauk ikan? Asyik buat goreng kunyit bosan juga. Haa, apa kata jom cuba masak ikan masak sos pula.
Resipi ini cukup mudah dan ringkas kerana hanya menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dapur.
Yang pasti, anak-anak dan suami pasti akan makan dengan penuh selera. Ibu-ibu kena standby masak nasi lebih!
Baca juga: Resipi Ikan Rebus Air Asam Paling Ringkas, Bikin Kecur Air Liur!
Bahan-bahan:
Bahan-bahan sos:
Cara-cara:
1. Lumur ikan macam biasa dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga garing, angkat dan ketepikan seketika untuk membuat sosnya pula.
2. Potong tomato, bawang besar, cili besar, dan daun ketumbar.
3. Tumbuk bawang putih dan cili api. Lebihkan bawang putih jika suka.
4. Tumis hingga naik bau dan kekuningan.
5. Masukkan ketiga-tiga sos (sos tiram, cili, dan nampla) dan kacau rata.
6. Masukkan sedikit air, perasakan dengan gula dan garam. Kacau dan renehkan sekejap.
7. Agak-agak rasa dah cukup manis dan masin, masukkan tomato, bawang besar, dan cili besar. Kacau rata.
8. Masukkan ikan goreng tadi. Kacau bagi sebati, biar semua kuah meresap pada ikan.
9. Dah masak, tutup api. Taburkan daun ketumbar. Boleh dihidangkan bersama daun salad. Makan dengan nasi putih panas-panas. Sedap!
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Fazirawati Che Isa
Baca juga: Resipi Ikan Siakap Rebus Ala Stim Limau, Cara Mudah Tak Perlu Kukus!
Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…
Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…
Baru-baru ini, Malaysia mendapat khabar gembira tentang kemenangan seorang tukang masak iaitu Chef Safura Tawil…
Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…