Ikan bawal masak kicap merupakan salah satu hidangan ringkas dan mudah untuk disediakan. Selain ikan bawal, anda boleh menggunakan jenis ikan yang lain mengikut cita rasa masing-masing.
Pertama sekali, ikan perlu dilumur dengan garam dan kunyit. Kemudian, digoreng sehingga masak dan garing. Kemudian, ikan yang sudah digoreng tadi akan digaul dengan kuah masak kicap yang pekat dan lazat.
Untuk mengetahui apakah bahan-bahan dan cara memasaknya, mari kita sama-sama pelajari resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Maryam Hussain di bawah.
Baca juga: Resipi Ikan Merah Masak Cuka Yang Lazat, Boleh Buat Bertambah Nasi Dua Kali!
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Lumur ikan bersama garam dan kunyit sehingga rata ke keseluruhan ikan. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar/tumbuk bawang kecil, bawang putih, dan halia.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau.
4. Masukkan cili kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, sos ikan. Perasakan dengan garam dan gula tapi hati-hati kerana kicap sudah masin.
5. Masukkan ikan yang digoreng tadi. Kemudian, masukkan tomato, daun ketumbar, cili padi dan bawang holland. Gaul sebati.
6. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Maryam Hussain
Baca juga: Resipi Ikan Singgang Kuning, Menu Paling Mudah & Pantas Tapi Lazat Sungguh!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…