Masakan tradisional seperti Gulai Ayam Mak memang tak pernah lekang dek zaman. Rasanya kekal sama seperti air tangan mak di kampung — penuh kasih sayang, aroma menggoda, dan membangkitkan nostalgia.

Kali ini, kita kongsikan resepi Gulai Ayam Mak yang sedap dan mudah dimasak. Lebih istimewa, hidangan ini akan nampak mewah bila dihidang menggunakan pinggan mangkuk elegan Le Nona yang diinspirasikan daripada keindahan bunga mawar.

Baca Juga: Rahsia Gulai Lemak Ikan Cili Api & Kacang Bendi Yang Sedap, Auto Tambah Nasi!

Bahan-bahan untuk menyediakan Gulai Ayam Mak

Bahan utama:

  • 1 ekor ayam – potong 12 bahagian, bersih

  • 2 sudu besar minyak masak

  • 1 kotak santan (200ml)

  • 1 cawan air

  • 1 helai daun kunyit – disiat

  • Garam, gula & serbuk perasa secukup rasa

Bahan tumis:

  • 1 batang kayu manis

  • 2 kuntum bunga lawang

  • 3 biji buah pelaga

  • 2 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar:

  • 5 ulas bawang merah

  • 3 ulas bawang putih

  • 2 inci halia

  • 1 inci lengkuas

  • 1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu kecil serbuk kunyit)

  • 10 tangkai cili kering – rebus & kisar

  • 2 batang serai – kisar

Bahan tambahan:

  • 2-3 sudu besar serbuk kari ayam/daging

  • Sedikit air asam jawa (jika mahu rasa masam)

Cara Penyediaan Gulai Ayam Mak

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis hingga wangi.

  2. Masukkan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak dan berwarna keemasan.

  3. Masukkan serbuk kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika terlalu pekat.

  4. Masukkan ayam, gaul sebati dan biarkan seketika sehingga ayam kecut.

  5. Tuang santan dan air, kacau perlahan dan reneh dengan api sederhana.

  6. Masukkan daun kunyit, garam, gula dan air asam jawa. Masak hingga ayam empuk dan kuah pekat.

  7. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Tip & Cara Menghidang Gulai Ayam Mak

Untuk menjadikan hidangan lebih eksklusif, gunakan koleksi pinggan mangkuk Le Nona seperti European Rose, Vintage Rose, Rosy Petal, dan European Rose Ceramic Casserole. Material kaca opal Le Nona bukan sahaja cantik, malah tahan lasak dan sesuai untuk kegunaan harian.

Dapatkan koleksi Le Nona di WOWSHOP dengan tawaran promosi terkini dan pelbagai pilihan peralatan dapur premium.

Layari blog WOWSHOP untuk lebih banyak tips gaya hidup dengan gabungan Le Nona x WOWSHOP atau laman web Le Nona untuk melihat koleksi terkini.

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN